Siapa 'tiga suku' dan 'jahil murakkab'?


Ridwan Abu Bakar








 SOALAN UNTUK HJ HADI 

Siapa 'tiga suku' dan 'jahil murakkab'? 


Hj Hadi terus konsisten mempertahankan diri sebagai ikon 'pemecah masyarakat' dan ikon budaya 'ghuluw' di Malaysia. 


Yang dipertikaikan oleh masyarakat bukanlah mana² ajaran agama (sama ada yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah) yang dijadikan 'bunga' dalam tulisan kitar semula oleh Hj Hadi, yang dipertikaikan adalah 'ulasan' senget Hj Hadi yang sentiasa berusaha untuk memulaskan tengkok nas dan dalil supaya mengikut kehendak serakah politik Hj Hadi dan kabilahnya. 


Dalil yang sama digunakan ketika Hj Hadi ingin berpakat dengan mana-mana parti politik di Malaysia, dan sikap keras yang sama juga akan dipertahankan oleh Hj Hadi untuk dituju kepada pihak yang tidak sehaluan dengannya. 


Jahil murakkab dan 'tiga suku' adalah syarahan Hj Hadi terhadap sikap beliau sendiri. Syurga dan neraka hanya maianan beliau dan seakan-akan ia hanya disediakan untuk mereka yang bertentangan dengan Hj Hadi dan kabilahnya !! 


Para mufti dan ulama perlu segera bangun mencerahkan umat terhadap sikap ghuluw Hj Hadi sejak berzaman. 


Nak berkawan dengan siapa pun, silakan ! 

Tetapi, janganlah dibawa bersama sikap ghuluw kamu itu ! 


Nanti bila bergaduh dengan UMNO, tiga suku itu akan dilemparkan kepada UMNO pula..... Itulah Hadi dan Kabilahnya 


Pantai Bagan Pinang 

21 Julai 2026 / saatnya ghurub




No comments: