Malaysia sebenarnya tak absent pun Pitch Black tahun ni.



Salman Al Farysi





Cuma bezanya, tahun ni Malaysia join sebagai "embedded personnel" je, bukan bawa jet pergi Darwin.


Dalam release rasmi Defence Australia untuk Pitch Black 2026 20 Julai - 7 Ogos tu, siap asingkan :

* akan ada aircraft dari US, Japan, Indonesia, Philippines, Thailand, Korea, India, Singapore, Germany, France, Spain, sama ada embedded personnel dari New Zealand, Fiji, Canada, Brunei, Malaysia, Finland dan Sweden


Tu pasal kalau tengok gambar jet berderet kat TikTok / berita, memang tak nampak bendera Malaysia. Orang ingat Malaysia tak join langsung.


Kenapa tak bawa jet kali ni ?


Memang gilir-gilir ✅ Pitch Black ni 2 tahun sekali. TUDM bukan tiap-tiap edisi hantar Hornet atau Sukhoi. 2018 dulu hantar F-18D, 2024 hantar A400M dengan ground crew, tahun ni hantar pegawai je untuk duduk dalam planning cell.


Dan... kos dan pesawat tengah busy. Nak fly fighter dari Butterworth ke Darwin tu bukan sikit belanja kena ada tanker, spare part, technical team. Sekarang ni Hornet dengan Su-30MKM tengah banyak masuk maintenance berat. 


Malaysia still dapat benda sama. Join sebagai embedded ni pun TUDM duduk sekali dalam mission planning, tengok macam mana depa manage 100 jet dengan 2,500 orang dari 20 negara. Ilmu tu yang penting, bukan semestinya kena bawa jet sendiri tiap kali.


So bukan boikot atau kena block ke apa, ia memang strategi TUDM tahun ni join cara low-cost je.


Tulah ayatnya, 😅

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG





No comments: