Mohamad Sabu (Amanah) baru ini dipetik sebagai berkata (komen saya di bawah):
“Membela Melayu bukan dengan mengulang naratif bahawa Melayu sentiasa terancam.
“Jika kita terus menanam rasa lemah, bila kita nak membina kekuatan?"
Komen saya:
Tepat sekali!
Malah, naratif pembangkang kebelakangan ini kononnya Melayu terancam tidak lebih dari putarbelit politik yang tidak berserta sebarang fakta atau bukti.
Sebaliknya, ianya bersandar kepada syak wasangka dan 'kebimbangan' semata-mata yang sengaja 'diada-adakan' untuk menakut-nakutkan Melayu terhadap DAP.
Setiap kali naratif ini dimainkan, hujah balas pemimpin kerajaan yang berserta fakta dan bukti akan dihayati oleh pengundi muda (39 tahun ke bawah).
Segmen pengundi ini sememangnya terdedah dengan pelbagai maklumat dari semua pihak dan merupakan majoriti.
Mereka tidak ta'asub kepada mana-mana pemimpin atau parti pembangkang dan tidak cenderung menerima retorik cetek semata-mata.
Lama-kelamaan, segmen pengundi ini akan mula bezakan naratif kerajaan dan pembangkang dan beransur-ansur tidak hiraukan atau percaya lagi pemimpin dan aktivis pembangkang setelah sedar wujud gejala putarbelit lampau.
Itulah yang sedang berlaku, menyebabkan PN makin ditolak pengundi Melayu-Islam.
Malangnya, dinosaur dinosaur pembangkang tidak sedar-sedar lagi dan terus menerus berkempen dengan cara lama, menyebabkan mereka hangus di Sabah dan Johor dan bakal hangus pada PRU16.
Saya dah lama ramal perkara ini dan memberi amaran kepada pembangkang sejak dua tahun lepas.
Untuk 'tutup' penolakan Melayu-Islam terhadap mereka, PAS memainkan skrip kononnya "kalah tak apa, asalkan BN menang dan kerajaan Melayu-Islam tertubuh."
Dengan skrip ini mereka barangkali berharap Umno bersimpati dan melibatkan mereka dalam kerajaan sekiranya BN berjaya bentuk kerajaan dengan kekuatan sendiri.
PAS sememangnya parti paling hipokrit dalam sejarah tanah air dan tidak pernah tahu malu.
RJ Rithaudeen

No comments:
Post a Comment