LRA Merbau Chondong dinaik taraf 70 juta liter sehari, manfaatkan 34,000 akaun di tiga jajahan
.
Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong kini dinaik taraf daripada kapasiti pengeluaran 45 juta liter sehari kepada 70 juta liter sehari menerusi projek bernilai kira-kira RM11.5 juta, sekali gus dijangka memberi manfaat kepada 34,000 akaun pengguna di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan bermula awal September ini.
.
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato' Dr. Izani Husin berkata, projek naik taraf itu meningkatkan kuantiti bekalan air dan memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna berada pada tahap terbaik.
.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke LRA Merbau Chondong, di sini, hari ini.
.
Turut hadir Timbalan Exco YB Saizol Ismail, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemuning YB Ahmad Zakhran Mat Noor dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) Azhar Hanafi.
.
*Baca berita penuh di Portal Info Rakyat Kelantan:*
https://go.kelantan.gov.my/DDJzJ


No comments:
Post a Comment