Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, atas kesudian hadir dan menyempurnakan Sambutan Hari Imigresen Ke-104 hari ini. Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri merupakan satu penghormatan dan suntikan semangat kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia.
Sambutan tahun ini yang bertemakan “Melakar Wajah Baharu Imigresen” mencerminkan komitmen Jabatan Imigresen Malaysia untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memanfaatkan teknologi serta mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
Tahniah juga kepada Jabatan Imigresen Malaysia atas pelancaran Buku Pelan Strategik Jabatan Imigresen Malaysia 2026–2030, yang bakal menjadi panduan penting dalam meneruskan agenda transformasi jabatan demi memenuhi tuntutan masa hadapan.
Selamat Hari Imigresen Ke-104 kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen dalam menjaga pintu masuk negara, menguatkuasakan undang-undang serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan Malaysia terus terpelihara.
#MalaysiaMadani
#KementerianDalamNegeri
#JabatanImigresen
#Saifnasution








No comments:
Post a Comment