Senyuman Rakyat, Tikaman Rakan: Beratnya Ujian Anwar Ibrahim.





Belum sempat kering peluh di dahi, rakan sendiri memilih untuk menikam dari belakang.


Tatkala Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim bertungkus-lumus membina semula negara yang hampir runtuh ini, kita diuji dengan satu episod pengkhianatan yang amat mengguris hati.


Siang dan malam beliau bekerja. Kita mula nampak hasilnya, ekonomi mula bernafas, nilai Ringgit mengukuh, dan pelaburan gergasi mula masuk. Tetapi tahukah anda apa yang paling meruntun jiwa PMX? Bukannya deretan angka trilion ringgit itu. Kepuasan sebenar beliau adalah apabila melihat anak-anak kita akhirnya dapat menggunakan tandas sekolah yang bersih. Beliau mampu tersenyum lega apabila orang kampung kini dirawat di klinik desa yang selesa, dan keluhan bapa di hujung bulan reda sedikit dengan kenaikan kadar STR.


Ini bukan retorik politik. Ini titik peluh seorang pemimpin yang ikhlas memartabatkan kemuliaan insan.


Namun, di saat beliau memerah keringat dan menyerahkan seluruh jiwa raganya untuk rakyat, ada rakan politik yang diam-diam mengatur langkah, beralih arah demi pihak lawan di Negeri Sembilan.


Kenyataan bongkak sanggup meletak jawatan bukanlah tindakan hero, tetapi cerminan jiwa kacau yang telah hilang kompas perjuangan. Di saat rakyat marhaen baru sahaja mula merasa nikmat kestabilan, mengapa politik perpecahan, rakus dan tamak kuasa ini perlu dihidupkan semula? Mereka tidak hanya mengkhianati Anwar Ibrahim, mereka mengkhianati harapan kita semua.


Rakyat Malaysia, jangan biarkan permuafakatan yang sedang merawat negara ini dirobek oleh percaturan politik sempit. Mari kita berdiri teguh menjadi benteng kepada kepimpinan yang ikhlas bekerja. Tolak pengkhianatan, pertahankan kestabilan negara. 


#anwaribrahim #pengkhianatan




No comments: