CULAS KOT...


Tamil Selvam



 10 kaunter pemeriksaan imigresen, tetapi hanya 3 kaunter dibuka. Adakah ini tahap penyampaian perkhidmatan yang rakyat patut terima?






Hari ini saya berada di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam, pintu masuk utama Malaysia dari Thailand. Sekitar jam 3.20 petang, ketika waktu operasi biasa 8.00 pagi hingga 5.00 petang, saya mendapati hanya 3 daripada 10 kaunter pemeriksaan imigresen dibuka.


Keadaan ini menyebabkan kesesakan, kelewatan dan menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat. Jika benar terdapat kekurangan anggota atau masalah pengurusan, pihak bertanggungjawab perlu tampil memberikan penjelasan dan menyelesaikannya segera.


Rakyat membayar cukai dan mengharapkan perkhidmatan awam yang cekap, terutama di pintu masuk utama negara yang menjadi imej Malaysia di mata pelancong dan pelabur.


Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan segera supaya semua kaunter yang diperlukan dapat beroperasi mengikut keperluan, sekali gus mengurangkan kesesakan dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.


Rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik.


S. Tamiil Selvan

Pengerusi Biro Antarabangsa, Integrasi & Perpaduan

Parti Keadilan Rakyat Perak





No comments: