Naratif mereka hari ni ialah menyemai benci rakyat kepada Perdana Menteri dengan membayangkan bahawa mereka adalah mangsa kononnya.
Namun hakikatnya ialah bagaimana mereka memanipulasi fakta, kerajaan perpaduan terbina kerana rasa yakin mereka kepada kebersamaan di dalam Harapan. Mereka sendiri mengakui bahawa tiada lemahnya kerajaan yang ada namun mungkin nafsu mereka berubah menyebabkan BN mengambil jalan mudah untuk bersama PN.
Pimpinan BN tahu siapa yang dalam PN dan mereka tahu bagaimana sikap dan watak pimpinan-pimpinan tersebut namun kerana kuasa dan melayu kononnya maka mereka terus menunggang isu itu sebagai bahan politik murahan mereka.
Rakyat tahu PMX yang mensucikan UMNO, mengubah cara fikir Pimpinan UMNO dalam pentadbiran dari mereka yang selalu melakukan yang salah kepada melakukan sesuatu dengan betul.
Namun inilah hakikat yang terpaksa diterima HARAPAN rakan gabungan bukan sahabat untuk dibuat kawan berpanjangan. Kepada UMNO tidak perlu mencabar PM untuk membuang kamu kerana itu bukan sifat seorang bernama Anwar Ibrahim, tegurnya supaya kamu ingat semula janji bersama namun jika niat sudah tidak lagi sama seperti asalnya maka pintu terbuka untuk dilalui.
Rakyat harus kembali difokuskan kepada isu mereka dan kepada rakyat PMX kekal bekerja untuk anda. Sama ada beliau berterusan atau sebaliknya ia adalah sesuatu yang juga dalam perancangan Allah swt.
BN hanya memilih menjadi celebrities Politik, ingatan saya jangan sampai kembali ke jejak asal.
SASI

No comments:
Post a Comment