PAS ATAU UMNO SIAPA HERO, SIAPA MANGSA?
Semalam bukan lagi mengopi dgn rakan dari UMNO tetapi kali ini saya duduk dgn rakan lama saya dari PAS yang tinggal di Ipoh Perak.
Saya beritahu masih di N9, boleh berjumpa jam 11 malam selepas sidang media manifesto PH. Dia kata orite… asal dapat berjumpa.
Rakan saya ini bukan walaun kerana kadang2 dia ada rasionalnya tetapi tetap bersama PAS. Kita hormati pilihannya sebagaimana dia menghormati pilihan saya.
Dia menzahirkan rasa curiga kerjasama PAS dan UMNO. Dia baca penulisan saya gabungan ini tidak akan kekal lama iaitu sekitar 5 tahun.
Kenapa? Itu sebab dia mahu bertemu saya dan mahu jawapan yamg dia boleh berbalas hujah dengan saya.
Saya beritahunya pernah dia menonton filem ‘The Departed’? Sebuah filem menceritakan pakatan sementara antara dua musuh, penuh dengan pengkhianatan dan ketidakpercayaan antara pelbagai pihak.
Gabungan UMNO dan PAS ini bukan kerana rakyat. Jika mereka sayangkan rakyat PRN Johor dan N9 tidak akan berlaku.
Orang gila pun dapat rasa tindakan BN Johor bubarkan kerajaannya yang stabil untuk menyusahkan rakyat, membazir wang rakyat dan mengganggu proses pemulihan ekonomi.
Ia berbeza dgn N9, apabila BN N9 menarik sokongan, pilihan yang ada MB dari PH terpaksa bubarkan DUN. Sekali lagi BN susahkan rakyat N9 apabila menggugat kestabilan politik N9.
Untuk bergabung kali ini, PAS ‘ceraikan’ BERSATU di dlm Perikatan Nasional utk bersama UMNO. UMNO pula ‘ceraikan’ PH di N9 dan Johor untuk bersama PAS.
Sdgkan BERSATU itu parti Melayu. Nampak apa agenda sebenar PAS sebenarnya?
Pendek kata kedua parti khianat kepada rakan mereka. Ia bukan Muafakat 2.0 tetapi ia sebenarnya Pengkhianatan 2.0.
Fakta buktikan gabungan pengkhianat seperti Langkah Sheraton berakhir tidak sampai 4 tahun.
Gabungan ini berlaku sebabnya hendak cukupkan ‘jomlah’, bukan kerana Melayu pun. Jika kerana Melayu kenapa PAS tinggalkan BERSATU?
Jahatnya politik PAS, pecahkan BERSATU untok wujudkan Wawasan. Kemudian hasut UMNO untuk tinggalkan PH.
Baik seterusnya, kenapa tiba2 UMNO keluarkan kenyataan media, mereka akan bersama kerajaan perpaduan di federal sehingga habis penggal?
Pertama mereka belum dapat green light dari Sarawak dan Sabah. Abg Jo seperti beliau berjanji sebelum ini kepada rakyat Sarawak, akan bersama gabungan ini hingga habis penggal.
Kedua UMNO masih lunak di peringkat pusat dengan PH kerana masih tidak yakin dengan keikhlasan PAS. Johor, N9, Melaka memang bukan kubu PAS tapi UMNO terpaksa sedekahkan kepada PAS.
Isunya adakah PAS sanggup memberikan 12 kerusi DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Begitu juga adakah PAS sanggup berikan 3-4 kerusi Parlimen di negeri2 yang di sebutkan tadi.
Ketiga siapa yang bakal menjadi MB Perak dan Pahang jika berlaku kerjasama nanti.
Sebenarnya perbincangan UMNO dan PAS belum lengkap. Mereka jadikan PRN N9 sebagai pentas ujian kerjasama mereka.
Mereka belum runding Parlimen, adakah kawasan incumbent PAS 73 kerusi, PAS sanggup berikan separuh atau sekurang kurangnya 20 kerusi Parlimen kpd UMNO.
Itu belum lagi jawatan Exco, GLC, ketua kampung, ahli Majlis dan lain2 lagi.
UMNO tidak selesa dengan PH hanya tiga faktor.
- Pertama kerana kerusi nombor satu bukan milik mereka.
- Kedua gagal tangani persepsi UMDAP.
- Ketiga dgn PH sukar kerana PH sangat anti dengan rasuah dan salah guna kuasa.
PAS juga ada sedikit kebimbangan jika mereka beri ruang UMNO bertanding Parlimen dan DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ia akan membuka jalan utk UMNO kembali bertapak di kubu kuat PAS.
UMNO juga takut pengaruh mereka sebagai parti dominan Melayu 60 tahun lamanya tidak dapat dipulihkan kerana gabungan ini.
Ini kerana UMNO dan PAS pengaruh politiknya di kolam yg sama. PAS juga terpaksa berkongsi kerusi dgn Wawasan kerana Hamzah individu yang berjaya memujuk UMNO untuk bersama PAS.
Isunya sekarang kedua parti mengambil kesempatan untuk kuasa atas kerjasama ini, siapakah yang akan menang?
Bila gabungan kedua parti pengkhianatan, sebenarnya masing2 bukan sahaja saling mencurigai tetapi setiap masa bagaimana hendak membunuh antara satu sama lain.
Sepertimana sekarang, tanpa PH sedari UMNO berunding bersama PH. Sdgkan PH walaupun ada pimpinan PAS bertemu PMX, insan bernama Anwar Ibrahim ini tidak sanggup mengkhianati UMNO.
Fokusnya untuk selamatkan negara ini sebab di pemikiran Anwar Ibrahim dia bukan insan yang ambil kesempatan kuasa yang ada untuk menjadi kaya raya.
Tanya saya dalam pakatan pengkhianatan ini, PAS akan menang. Apabila berpisah PAS dengan mudah mengumpulkan penyokongnya yang diserahkan kepada UMNO.
Tapi UMNO akan semakin melemah kerana kemampuan mereka menjadi kerajaan bukan kekuatan secara organik. Ingat PAS cukup berikan ‘rasuah syurga’ untuk menarik kembali penyokongnya.
Andaikata Hadi Awang sudah tiada, mahukah Dr Sam tunduk di bawah UMNO sedangkan dirinya disebut sebut sebagai calon Perdana Menteri?
Mahukah UMNO serahkan kerusi PM kepada PAS? Apakah 73 MP mahu tunduk kepada 30 MP?
NOTA
PENULISAN YANG BAIK TIDAK MEMPUNYAI TERLALU BANYAK PERKATAAN RINGKAS,
No comments:
Post a Comment