BERTABAH LAH BILA MEMILIH KAWAN..AKHIRNYA MENJADI LAWAN....POLITIK NAMA PUN

 


Norman Daud





Kalau kita duduk ditempat DS Anwar Ibrahim sekarang ni pastinya jiwa kita tengah dibelenggu dengan kemarahan yang amat sangat bila dikhianati oleh Menteri menteri yang beliau lantik sendiri.


Siap boleh main cabar cabar pulak suruh pecat. Kalau kitalah kan duduk tempat dia, tak sempat ayam berkokok esok semua 8 orang menteri tu dah kena pecat. Apa nak jadi.. jadi lah.. pantang anak melayu kena cabar kan?


Tapi tulah..


Itulah kehebatan PMX yang kita semua tak ada.


Di situlah bezanya seorang negarawan dengan orang biasa


Kesabaran dan fokus.


Seperti yang kita semua pernah dengar sebelum ni, PMX selalu berkata yang beliau nak gunakan masa yang ada ini untuk memperbaiki negara untuk masa depan negara. Masa beliau bukanlah lama sangat dah.. entah sempat habis penggal ni pun beliau tak pasti.


Dihujung hujung sisa kehidupan yang tinggal ini Allah angkat martabat beliau menjadi perdana menteri setelah sekian lamanya beliau dihina dengan gelaran PM tepi. 


Satu kisah puluhan tahun penuh air mata, penghinaan, kehilangan sahabat, kehilangan jawatan, dipenjara, dipisahkan dari anak anak yang masih kecil angkara fitnah, diaibkan di mata dunia dan berkali-kali cuba dimatikan karier politiknya.


Namun beliau tidak pernah berhenti percaya bahawa setiap ujian ada hikmahnya.


Akhirnya.. berkat kesabaran itu Allah angkat martabat beliau selepas sekian lama menderita.


Adakah beliau akan membakar perjuangan beliau selama ini semata mata cabaran dan pengkhianatan yang beliau terima?


Tidak.. kerana cinta beliau pada negara ini.


Biarlah beliau terus berkhidmat untuk negara yang beliau cinta selagi mana khidmat beliau masih diperlukan.


Jika sampai masanya nanti rakyat yang beliau cintai sendiri menolak beliau, maka.. beliau akan berlalu pergi. 


Jadi..


Tak perlulah nak ugut ugut.. nak desak desak.


Sampai masa biarlah rakyat menentukan masa depan negara ini sama ada khidmat beliau masih diperlukan atau sudah sampai masa untuk beliau berehat bersama keluarga.


Tapi setakat hari ini.. perjuangan beliau masih belum selesai.





No comments: