Ariff Kadir Al-Katami
IT'S PHENOMENAL!!!
Belum pernah terjadi sebelum ini, bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN zaman Najib menyerang JKOM & KP barunya sebanyak 4 kali dalam tempoh kurang 24 jam. Itu belum lagi serangan² yang tak berkaitan seperti kalah pilihanraya yang merupakan adat pertandingan.
Sejak isnin, tenggelam cerita lain di media sosial. Tu belum lagi kegusaran page² walaun PAS. Untuk makluman, KP JKOM sebelum ini hanya diserang 1 atau 2 kali dalam tempoh 2 hingga 5 bulan. Ini adalah psikologi peperangan umum iaitu musuh tidak akan menyerang jika lawan tidak mendatangkan ancaman kepada mereka. Mereka senang & tenang dengan KP JKOM sebelum ini kerana jentera komunikasi kerajaan dilihat lemah.
Apapun, nampaknya ramai walaun termasuk bekas pegawai zaman Najib ini sudah bersetuju secara maya di fb untuk bertemu dalam podcast JKOM nanti. Itu suatu yg amat menarik untuk kita sama-sama merungkai apa yang menyebabkan mereka begitu membenci PMX & kerajaan Madani.
Sekali lagi terima kasih kepada PMX Dato Seri Anwar Ibrahim & YBM Datuk Fahmi Fadzil atas perlantikan yang tepat ini dan juga Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar yang mungkin membaca tulisan saya berkenaan JKOM sejak Januari tahun ini lalu melakukan sesuatu. Trust me, they are now very scared if their baseless hatred on the Madani is about to be broken by JKOM. It's phenomenal!
No comments:
Post a Comment