UMNO SENYUM, AHLI PKR JANGAN KUTUK, HAKIKAT NYA PERHIMPUNAN TAK ADA TUJUAN JELAS. NAMAKAN SIAPA PENGGANTI. NAK SURUH ANWAR TURUN KENA ADA CALON PENGGANTI.


Hamdan Taha.


 Saya tak terlibat dengan program Turun Anwar semalam, saya lebih seronok di tg malim ikut jemaah surau adakan program bacaan Yassin 7 mubin sambil berehat...


Tapi pagi baru dapat teliti di media sosial perhimpunan aman tersebut, berapa jumlah kehadiran bukan lah satu isu sepatutnya, ini berbalah di media sosial bab jumlah kehadiran, puak penyokong pkr ph dan pmx kata sikit jer tu ada lah dalam 8 ribu, kumpulan PN dan anti pmx kata ratusan ribu yang turun... Bagi saya jumlah tu bukan isu... Isunya kenapa ada rakyat boleh berhimpun untuk menyatakan ketidak sukanya mereka pada PMX iaitu Anwar Ibrahim...


Berkumpul di KL semalam tak payah lah kita bahas jumlahnya tapi zaman media sosial sekarang selain yang turun di jalan, ramai yang turut serta di live media sosial sehingga berjuta juta rakyat malaysia, sokong ke tidak kita tak tau tapi mereka melihat, cuma perhimpunan ni 99 peratus semuanya orang melayu islam... Bangsa lain tak nampak nak join pun tapi tak semestinya mereka tak sokong untuk Turun PMX tu...


Cuma agenda semalam tu jika hanya tujuan nak sampaikan hasrat hanya turunkan Anwar, isu tu tak ada kesan besar pada anwar dalam negara, tapi ada kesan pandangan dunia pada pmx sedikit. Tapi pkr dan penyokong mereka tak boleh lah guna pendekatan umno di zaman najib, yang masa tu mengutuk, menghina perhimpunan yang PH buat di media sosial, sekarang jcom, cyber truper pkr semua menyerang sama macam penyokong umno dulu, sebiji sama, ayat ayat pun sama, gaya bahasanya sama... Tak ada perbezaan langsung... Macam sikit pun tak ada kesan...


Satu bagusnya ialah PDRM kerana telah ada arahan atasan dari menteri dan pmx juga keputusan mahkamah tentang perhimpunan aman, maka semalam tak ada lah kereta pecah, kereta terbakar, pergaduhan, air pemedih mata, semua tu tak berlaku, masa zaman saya dulu berlaku kekerasan dan perkara yang tak sepatutnya, tangkapan, pukulan, makian dan paling dasyat provokasi datangnya dari Polis sendiri terutama SB SB sialan, maka rakyat pun panggil mereka Anjing Mahathir dan sebagainya, tapi zaman najib dah kurang keras... Sekarang lagi tak keras... Kira satu kebaikan telah berlaku... Tahniah pada Kerajaan Madani...


Apa pun sekarang ni sudah ada Gerakan besar besaran dari rakyat menuju PRU yang sebenarnya... Setakat berhimpun macam semalam PMX tetap orang yang sama.... Paling relax ahli umno dan penyokong mereka sekarang senyum je... Gelak gelak saja




No comments: