PM ANWAR MERAIKAN ILMUAN AGAMA DARI MESIR SEMALAM.

 


Saya berbesar hati malam tadi dapat meraikan beberapa tokoh ilmuwan dan dakwah di Kompleks Seri Perdana malam ini iaitu Syeikh Dr Ahmad Aissa Hassan El-Ma’sarawi, Mantan Syeikh di “Umum Al-Maqarii” Mesir; Dr Haifaa Younis, Pengerusi Institut Jannah dan pendidik dari Amerika Syarikat; Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens) dari United Kingdom dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani dari Gambia. 















Dalam siri Majlis Ilmu MADANI kali ini, saya sentuh mengenai ikhtiar Malaysia dalam memberi respon isu kepada isu pembakaran Al-Quran di Sweden dan perkembangan politik antarabangsa di Gaza. Saya tekankan kepentingan hikmah dan bicara pada waktu dan ketika yang tepat dalam menangani perkembangan tersebut. 


Peluang mendengar titipan hikmah dan ilmu dari para tamu ini memberi inspirasi untuk kita terus berkerja keras meratakan ihsan dan kasih sayang sesama manusia melalui kebaikan dan keindahan Islam. 


Saya zahirkan penghargaan atas pandangan dan perkongsian tamu Majlis Ilmu MADANI pada malam ini serta doa Syeikh Muhammad Haydara. Semoga majlis seperti ini memberi barakah dan manfaat untuk kita bersama.


Firman Allah SWT:


‎وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ


Maksudnya: “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”


Surah al-Ma’idah (2)


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




No comments: