Jamzuri Ardani
InsyaAllah Anwar akan turun juga nanti akhirnya ... setelah Tun M, Hadi, Muhiadin, dan yang sewaktu dengan sudah hilang dari radar politik.
Saya juga waktu itu mungkin sudah tiada lagi di pentas politik.
Dulu rakyat turun reformasi tahun 1998 minta Tun M undur. Tahun 2003, Tun M pun undur. Lima tahun.
Kalau ikut formula sama, lima tahun lagi 2030. Mungkin waktu itu Anwar pun akan turun juga. Jika Anwar berjaya jadi PM untuk penggal ke-2, mungkin tahun 2032 atau 2033 baru habis penggal. Mungkin ...
Saya harap selepas waktu itu ... Tun M, Hadi, dan Mahiadin tidak lagi berada dalam radar politik tanah air. Waktu itu biarlah pemimpin negara terdiri dari kalangan generasi baru.
Di pihak PH:
Rafizi
Nurul Izzah
Mujahid
Amiruddin
Adly
Azli
Anfal
Anthony Loke
Steven Sim
Hannah Yeoh
Di pihak BN:
Asyraf Wajdi
Azalina
Akmal
Onn Hafiz
Di pihak PN:
Azmin Ali
Afif
Wan Fayshal
Sanusi
Samsuri
Fadhli Saari
Afnan
Mas Ermiyanti
Mastura
Ini sekadar nama-nama yg terlintas di kepala. Mungkin ramai lagi. Apa yang penting ... mulai sekarang belajarlah melakar politik yang lebih damai dan matang.
Jangan diikuti budaya politik pemimpin yang terdahulu. Politik benci yang menghasil episod duka seperti Memali, Lubuk Merbau, Takfiri, Qazaf, dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment