Hadir ke Ipoh pada malam ini untuk bersama-sama dengan ribuan belia dan anak muda dalam Majlis Perasmian Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia.
Terima sambutan luar biasa dan penuh bersemangat oleh anak-anak muda pelbagai bangsa yang hadir pada malam ini bagi meraikan gerakan yang memperjuangkan perpaduan dan membela ummah.
Dalam ucapan, saya gesa anak-anak muda dan gerakan belia untuk renungi maksud hijrah serta perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan rasuah dalam masyarakat.
Saya percaya kudrat serta semangat anak-anak muda dan gerakan-gerakan seperti PLG berupaya menyumbang dalam usaha mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi.
Syaratnya perlu ada pimpinan sama ada dalam kalangan generasi muda, politik dan negara yang menolak kezaliman, serta menghentikan amalan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kerabat.
#MalaysiaMADANI