Adrian Lim Che An
Sebelum wujudnya Dasar Fried Chicken, sebuah lagi pengusaha makanan ayam goreng telah wujud jauh di Malaysia Timur.
BORENOS FRIED CHICKEN wujud di Sabah sejak tahun 2015. Tahun ini masuk tahun ke-9. Setahun lagi masuk tahun ke-10.
Perusahaan ini 100% HALAL dan diiktiraf oleh JAKIM.
DFC yang menjual agama dan bangsa sebagai marketing gimmick, tak pastilah apa status halal mereka. Cuba semak website JAKIM tersenarai tak syarikat DFC.
Rata-rata orang Sabah sememangnya sokong Borenos. Cuba tanya mana-mana orang Sabah. Semuanya kenal Borenos.
Kualitinya baik.
Rasanya baik.
Harganya pun berpatutan.
Dan yang paling penting, Borenos tidak pernah memainkan sentimen agama atau kaum demi meraih sokongan sales. Mereka fokus pada kualiti, saiz dan rasa hidangan mereka.
Sebab itu mereka semakin berkembang selepas 9 10 tahun.
Selain Borenos, terdapat ramai lagi perusahaan-perusahaan tempatan yg bekerja ketas dan berjaya tanpa men-"doggy" kaum bangsa dan agama.
Kita wajar sokong mereka berdasarkan nilai yang diberi melalui perusahaan mereka.