WAN JI BEBAS

 

Tulis syarah, pengenalan kepada kita hadis



Sementara itu, graduan pengajian hadis daripada Pakistan serta al-hafiz itu mendedahkan dia berjaya menghabiskan 30 buah buku dalam penjara


Selain membaca, dia juga, katanya, menulis dua buah buku agama iaitu  syarah terhadap 80 hadis Sahih al-Bukhari serta pengenalan Sunan al-Tarmizi dan istilah-istilah.


Selain itu, katanya, dia juga menulis kisah kerinduan Nabi Yaakub dan Zulaikha terhadap Nabi Yusuf serta sebaliknya dan novel cinta bertajuk Cinta di medan Kashmir. 


“Kisah percintaan yang terhalang ekoran gerakan Isis, tetapi berjaya disatukan semula kerana antikeganasan. 


Bagaimanapun katanya, buku yang ditulis tangan sehingga bab 72 itu dirampas warden penjara.


Dia juga berkata akan menceritakan pengalaman lanjut dalam penjara dalam acara khas selepas itu.


Bagaimanapun, secara ringkas dia berkata berjaya memujuk seorang banduan daripada membunuh diri serta menyaksikan pengislaman seorang banduan.



No comments: