Perbelanjaan untuk promosi kerajaan oleh Pagoh saja lebih RM500 juta. Untuk satu tahun saja hingga RM300 juta. Fuh! Bukan kecik anak punya belanja.
Semenjak dari pendedahan oleh PMX dalam dewan hingga hari ini, aku masih fikirkan lagi, apa promosi hang dilakukan oleh Mahiaddin sehingga setinggi itu jumlah perbelanjaannya?
Serius, aku tak ingat. Yang aku ingat, dia baca doa dalam tv, edarkan pdf. Itu saja. Takkan setakat itu pun belanja sampai lebih RM500 juta? Serius la?
Ada baiknya disiasat secara terperinci ke mana duit itu dibelanjakan. Adakah RM500 juta itu termasuk membayar cytro PN yang dengarnya dapat bayaran mencecah jutaan ringgit?
Mungkin! Sebab itu, bila dah tak lagi jadi kerajaan, peruntukan tak ada, cytro PN mulai goyang. Bekalan dedak dah habis. SPRM sewajarnya siasat kiranya ada unsur salah laku. Guane boh?
Raja Gelap II
.