BUKTIKAN DALAM DEWAN


 Bagaimana kalau ada MP kerajaan pula yang beralih sokongan dan menyokong Mahiaddin atau mana mana pemimpin pembangkang? Adakah DS Anwar akan jatuh?


Kalau Perdana Menteri hilang sokongan, maka perlu dibuktikan dalam dewan iaitu melalui usul undi tidak percaya. PM tak boleh jatuh hanya dengan MP umum tukar sokongan.


MP Kerajaan Perpaduan telah menandatangani MoU yang mana sekiranya ada yang menyokong undi yang boleh menyebabkan PM hilang keabsahan, mereka akan dikira telah mengosongkan kerusi mereka.


Bermakna, jika ada usul undi tidak percaya, sekiranya ada MP kerajaan yang undi menyokong usul tersebut, maka dia akan hilang kerusi. Maknanya PN pun tak dapat kerusi tu.


Jadi berdasarkan kefahaman aku seperti yang di atas, kedudukan DS Anwar sebagai PM takkan terjejas jika PN merancang mahu tarik MP kerajaan menyokong mereka guna cara yang sama. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: