Kecoh di media sosial, video viral Ahli Parlimen Kepala Batas. Beliau katakan Lim Guan Eng itu sepupu kepada Chin Peng, Ketua Parti Komunis Malaya. Beliau juga terkait dengan “Lim Kuan Yew”. Bekas Perdana Menteri Singapura.
Kalau Ravi Pi Mai Tangtu dengar, mesti dah kena sound “sudah tukar kaaaa…”. Bila masa pulak Lee Kuan Yew tukar nama? 😅
Saya bukan apa, propaganda semua Pemimpin Cina itu komunis kita dengar dari kecil. Namun, dumbing down itu masih berlaku hingga kini. 65 tahun kita merdeka. Takkan la modal politik tetap sama.
Kalau yang percaya rakyat biasa, kita ok lagi. Ni Pemimpin muda ada PhD. Mewakili parti Islam pula. Takkan la tak semak betul2 semasa bicara? Tabbayyun itu di mana? Adakah kerana yang nak difitnah itu orang Cina, maka halal segalanya?
Saya tak lah berapa berkenan dengan LGE yang mereka gelar TOKONG ini. Banyak je posting saya hentam dia. Tapi kalau betul nak hentam sekali pun, biarlah kita guna fakta. Takut kita pulak mendatangkan fitnah kepada agama. Orang lain pandang slack pada agama kita.
Mungkin YB Siti Mastura ada alasan sendiri. Kita tunggu penjelasan. Mungkin juga dia ada bukti Sijil Beranak Chin Peng sekali dengan family tree. Kita nanti... Kalau perlu masuk mahkamah untuk buktikan. Go ahead.
Cuma saya harap level MP kita jangan lagi guna isu perkauman dan picisan. Tambah benda tak betul dan fitnah pula. Kan ke boleh malu sendiri.
Nak menang kerana politik benci ni takkan boleh bertahan lama. Sekejap je orang akan dengar. Anda adu domba. Sampai masa, orang akan tengok kualiti anda juga. Takkan boleh elak punya.
Kita pun kena tebus otak kita. Bila orang politik keluarkan politik kebencian dan menghentam, kita harus juga tanya “what’s your alternative?” Kalau setakat bangkang, gengster kampung dusun pun boleh buat. Takyah la dibayar dengan dana awam.
Ni juga terpakai kepada parti yang dulu jadi pembangkang. Lebih 20 tahun tunggu jadi Kerajaan. Hentam juga dari dulu. Banyak benda Kerajaan tak betul.
Makanya kali ini, anda di atas, rakyat punya ekspatasi tinggi, kita tuntut janji reformasi. Setahun dah berlalu dan ada 4 tahun lagi. Kalau berjaya boleh sambung lagi satu penggal.
Kalau tidak, penggal depan, at the rate they are going, seperti ramai rakyat yang syok, nak angkat DS Sanusi jadi Perdana Menteri.
Itu namanya demokrasi. Ikut selera majoriti.
Salam hormat,
Liyana Marzuki