JKOM DAH ADA ,KKDM DAH HEBAT- YANG PROBONO NI LAMA DAH SUKARELA. KALAU KENA KUTUK ITU KRITIKAN MEMBINA



RMS

Secara jujur, hanya Selangor dan P.Pinang sukar ditembusi PN jika berdasarkan strategi medsos, kedua negeri terkaya diMalaysia ni memang kekal milik PH, ni berdasarkan dapatan dimedsos saja tidak termasuk dapatan diperingkat akar umbi.

Aku tidak melihat PN sebagai ancaman tapi jentera komunikasi kerajan perlu mengunakan medsos dgn baik dan berkesan, jika tidak mereka akan bertambah semangat untuk menjatuhkan kerajaan sebelum habis penggal.

Ada kelemahan ketara jentera komunikasi kerajaan sekarang, kerana ada banyak pasukan yang ditaja atas prinsip 'dia geng kita' bukan kerana kebolehan berkerja dan menandingi lawan, ni sekadar pandangan, aku tak dengki pun cuma tulis untuk jadikan peringatan pada kerajaan khasnya mereka yang handle aspek komunikasi.

 

No comments: