Laporan Ketua Audit Negara 2021: Demokrasi berparlimen dijadikan sandiwara oleh Perikatan Nasional – C4- PART 2


 

Meskipun sebagai ahli-ahli jawatankuasa ini, bantahan mereka terhadap peneruskan perbahasan tersebut jelas menunjukkan mereka telah mengabaikan tugas dan amanah dengan mengutamakan parti politik melebihi hal-hal kepentingan awam.

Mengenai persoalan Jawatankuasa Kira-kira Wang, Takiyuddin Hassan berpendapat bahawa laporan tersebut telah pun diteliti sepenuhnya oleh jawatankuasa tersebut dan perbahasan selanjutnya akan membazirkan masa Dewan Rakyat.

Ini adalah suatu isu yang mudah ditangani sekiranya contoh-contoh penyelewengan kewangan yang amat buruk dibahaskan dalam Dewan Rakyat berdasarkan tahap keseriusannya.

Walau bagaimanapun, Mas Ermieyati menyatakan bahawa laporan tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Wang dan bukannya Parlimen. Beliau juga telah menyatakan bahawa Dewan Rakyat patut membahaskan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang, dan bukannya laporan terus daripada pejabat ketua audit negara.

Walaupun begitu, ini menimbulkan persoalan penting: mengapakah blok PN menentang perbahasan laporan ketua audit negara dengan sekeras-kerasnya sekiranya Jawatankuasa Kira-kira Wang sendiri telah meneliti laporan tersebut di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa tersebut, Mas Ermieyati?

Tambahan pula, Mas Ermieyati juga menyarankan kerajaan bahawa adalah lebih baik sekiranya sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang dibuka kepada orang awam.

Sebagai respons kepada pernyataan ini, Pusat C4 ingin mengingatkan pihak pembangkang bahawa ketelusan dalam mekanisme institusi adalah mustahak untuk kepentingan awam dalam memperjuangkan tadbir urus baik.

READ MORE:  Pursue decentralisation, not over-representation for Sarawak and Sabah

 

Meskipun Jawatankuasa Kira-kira Wang mempunyai kebebasan di bawah tadbir urus oleh Parlimen, jawatankuasa tersebut masih menyediakan laporan-laporan yang secara amnya tidak terbuka kepada orang ramai.

Sebagai blok pembangkang, PN sepatutnya bertanggungjawab bagi memastikan agar tadbir urus, khasnya dalam pengurusan dan penyimpanan rekod kewangan oleh kerajaan, menepati standard. Ini amat membimbangkan bahawa kepentingan PN tertumpu kepada pengabaian mekanisme semak dan imbang, dan percubaan dalam mengurangkan penglibatan Parlimen dan ahli-ahli yang dipilih secara demokratik dalam penelitian perbelanjaan kerajaan.

Sejak pertengkaran dalam Dewan Rakyat pada 6 Jun, wakil-wakil daripada PN telah memberikan pelbagai alasan mengapa mereka enggan melibatkan diri dalam perbahasan tersebut – kemungkinan untuk menyembunyikan hakikat bahawa mereka cuma mengelak daripada menghadapi dapatan yang terkandung dalam laporan ketua audit negara di suatu forum awam.

Dengan itu, Pusat C4 mengesyorkan perkara- perkara berikut:

·         Kerajaan mesti meminda peraturan-peraturan standing order untuk menetapkan perbahasan laporan-laporan ketua audit negara sebagai sebahagian daripada mesyuarat-mesyuarat Dewan Rakyat

·         Kerajaan juga harus menjadikan semua sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang terbuka dan mudah diakses untuk tontonan rakyat

·         Parlimen mesti membentangkan usul perbahasan laporan ketua audit negara semula, dan ahli-ahli politik PN, termasuk mantan menteri,   harus hadir untuk memberikan penjelasan atas dapatan-dapatan penting dalam laporan tersebut berkaitan dengan kementerian mereka

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

 

No comments: