Laporan Ketua Audit Negara 2021: Demokrasi berparlimen dijadikan sandiwara oleh Perikatan Nasional – C4-PART 1

 

ALIRAN KESEDARN NEGARA.




Semasa mesyuarat Dewan Rakyat pada 6 Jun, blok pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli politik gabungan Perikatan Nasional (PN) telah sebulat suara membantah dengan lantang perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 dalam Parlimen.

Meskipun Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul masih meneruskan usul itu untuk membenarkan laporan tersebut dibahaskan, tiada ahli-ahli politik pembangkang yang hadir dalam Dewan Rakyat untuk perbahasan tersebut; ini menunjukkan kurangnya sikap tanggungjawab mereka yang amat mengecewakan.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) mengecam perbuatan ahli-ahli politik yang cuba menyekat perbincangan suatu laporan mustahak yang menunjukkan pembaziran dan ketirisan yang berkemungkinan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan, dan juga menegaskan semula pendirian bahawa laporan-laporan ketua audit negara mesti tertakluk kepada penelitian dan perbahasan Parlimen.

Tindakan ahli-ahli politik PN yang membantah sekerasnya perbahasan laporan ketua audit negara membangkitkan kesangsian – laporan tersebut merangkumi perbelanjaan yang dibuat semasa tempoh pemerintahan PN, dan akan mendedahkan sebarang penyelewengan kewangan atau pembaziran yang berlaku semasa pentadbiran mereka.

Syak wasangka tentang penyelewengan kewangan oleh PN telah bertambah sejak kerajaan perpaduan di bawah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara pada bulan November 2022.

Dakwaan dan penyiasatan mengenai penyelewengan berjuta-juta ringgit yang diperuntukkan untuk bantuan kewangan Covid oleh Bersatu serta pendanaan politik Pas yang menggunakan hasil perjudian telahpun berbangkit.

Hal-hal tersebut sedang disiasat secara aktif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan beberapa tangkapan telah dibuat atas dakwaan ini, yang menunjukkan bahawa dakwaan tersebut bukannya khabar angin sahaja. Oleh itu, siasatan harus dilanjutkan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Reaksi yang terlampau oleh ahli-ahli politik PN ini menunjukkan bahawa tempoh pentadbiran mereka mungkin tercemar dengan rasuah dan kepentingan sendiri, yang bertambah teruk semasa pandemik Covid yang telah membuka peluang bagi ahli-ahli politik untuk menggunakan dana kerajaan kononnya demi “perolehan darurat”.

Oleh itu, perbuatan ahli-ahli politik PN ini yang amat mengecewakan dan mencurigakan sama sekali kerana enggan bertanggungjawab terhadap Parlimen dan rakyat Malaysia yang mengundi mereka sebagai ahli parlimen.

Rasional disebalik penjelasan Yang di-Pertua Johari dalam membenarkan perbahasan tersebut diteruskan adalah kerana Mas Ermieyati, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang, hadir bersama ahli-ahli jawatankuasa tersebut yang lain. Meskipun sebagai ahli-ahli jawatankuasa ini, bantahan mereka 



No comments: