Betul cakap Azmin. Memang dalam perlembagaan tukar kerajaan dibenarkan. Pertama melalui PRU ataupun melalui undi tidak percaya. Tapi bukannya melalui tebuk, kumpul SD.
Kalau kemaruk nak jadi kerajaan, usulkan undi tidak percaya. Bila PM tak mampu buktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti, PM boleh nasihatkan YDP Agong bubarkan parlimen.
Atau, kalau YDP Agong berpendapat pembubaran tak diperlukan, Baginda boleh lantik seorang yang lain, yang baginda percaya dapat sokongan majoriti ahli parlimen, sebagai PM.
Itu kaedah mengikut perlembagaan. Bukan kumpul SD kemudian senyap-senyap bawa pergi ke istana. Itulah yang dipanggil tebuk atap. Masuk tak ikut pintu. Kerajaan luar tabie.
Sebab apa perlu begitu? Sebab setakat mengumpul SD boleh dimanipulasi. Boleh rasuah atau berlakon. Tandatangan SD je berani. Tapi bila tanya berpesan tak berani angkat muka.
Satu lagi perkara, Azmin kata rakyat mengeluh yang kerajaan perpaduan ini tak bela nasib rakyat. Cuma bercakap saja (https://bit.ly/3B2qrNy). Rasanya dia ni baru keluar gua agaknya.
Dalam tempoh 6 bulan ini kerajaan perpaduan telah buat berarus kali ganda lebih baik berbanding apa yang PN buat dalam tempoh 33 bulan. Banyak isu yang telah diselesaikan.
Masa PN dulu, harga barangan keperluan seperti minyak masak, telur, tepung bahkan bahan binaan seperti simen adalah tidak terkawal mengakibatkan kenaikan harga barangan.
Bukan setakat itu, minyak masak bersubsidi paket 1 kg yang sepatutnya untuk rakyat miskin pun disorok oleh anak menteri. Patutlah kata tak mampu nak banteras. Anak dia yang buat.
Sepanjang harga barang meroket, PM dan menteri waktu itu tak buat apa pun. Tahunya cuma salahkan ekonomi global, suruh rakyat bersabar serta beribu alasan yang tak munasabah.
Itu belum kira dana rakyat digunakan untuk kayakan kroni yang mana parti mereka dapat hasil dalam bentuk komisen. Rakyat sampai kibar bendera putih dan kes bunuh diri meningkat.
Tapi sekarang, barangan keperluan asas terkawal harganya. Bekalan pun banyak bahkan di musim perayaan baru-baru ini, tak kedengaran lagi keluhan rakyat keputusan bekalan.
Kerajaan juga memperkenalkan beberapa inisiatif bertujuan untuk tambah pendapatan rakyat yang berpendapatan rendah, tanpa perlu usik simpanan hari tua macam masa PN dulu.
PN adalah kerajaan paling gagal di antara semua yang gagal. Tapi Azmin pura-pura buta. Kononnya rakyat mengeluh kerajaan teruk. Padahal mereka yang mengeluh mengenangkan nasib bakal jadi banduan tak lama lagi.
Cubaan rampas kerajaan bukanlah sebab rakyat pun sebenarnya. Tapi sebab nak hentikan dakwaan di mahkamah. Dia ingat bila dapat kuasa, dia boleh tutup semua kes dia.
Nak takut apa? Kalau betul tak bersalah, hadap je la perbicaraan tu. Kalau bersih, pasti boleh buktikan di mahkamah. Kalaulah ada campur tangan kerajaan, rakyat boleh buat penilaian.
Contoh macam masa DS Anwar kena dulu. Rakyat nampak ianya konspirasi. Sebab itu masa PRU14 kerajaan itu dihukum. Jadi PN nak risau apa? Kalau betul konspirasi, rakyat akan hukum kerajaan ini masa PRU16 nanti.
Tapi rasanya dia pun tahu semua yang didakwa tu tak mampu nak buktikan mereka bersih. Sebab itu mereka berusaha untuk ambil alih kerajaan sebab itu saja cara nak selamatkan diri.
Jadi marhaen, nilaikanlah. Usah sokong PN kerana keadilan tak akan dapat ditegakkan jika PN yang memegang kuasa. Guane boh?
Raja Gelap
.