KENAPA DIMAINKAN ISU BANGSA DAN AGAMA.

 Aku pernah baca...


Dulu di India, apabila rakyat Muslim dan Hindu mula berbaik, penjajah akan cuba pecahkan mereka.


Maka dicampak kepala babi di masjid manakala di kuil pula akan dilontarkan kepala lembu.


Sebab bila Muslim dan Hindu berperang semula, kedudukan penjajah akan jadi lebih selamat.


Sebab itulah di Malaysia pun, ada pihak yang guna sentimen kaum dan agama untuk pisahkan rakyat.


Sebab bila rakyat terpengaruh dengan sentimen sebegitu, maka mereka akan dapat mencengkam minda rakyat.


Lalu mereka akan perkudakan rakyat. Rompak dana negara. Dan rakyat tak melawan kerana konon nak jaga bangsa.


Sebab itu kalau mahu negara terus maju dan hidup sejahtera, maka wajib kita tolak semua penunggang agama dan kaum ini.


Sebab yang mainkan sentimen kaum dan agama ni bukanlah mereka yang ada iltizam majukan negara.


Mereka bukan pandai mentadbir. Sebab itu mereka guna isu kaum dan agama untuk raih sokongan.


Dan niat mereka memerintah hanya untuk mencuri duit negara dan menindas rakyat. Jauhilah mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.