KESAN OPR DITURUNKAN



Andrian Lim


Kos meminjam menjadi lebih rendah -> org ramai didorong membuat pinjaman berlebihan utk meningkatkan perbelanjaan berlebihan -> inflasi berlaku


KESAN OPR DINAIKKAN

Kos meminjam menjadi lebih tinggi -> org ramai didorong mengurangkan pinjaman utk mengurangkan berbelanja berlebihan -> inflasi dikawal


OPR direndahkan di zaman Covid kerana pihak berkuasa di zaman itu nak rakyat membuat pinjaman berlebihan.


OPR dikembalikan ke paras asal 3.0 sekarang kerana pihak berkuasa tak nak rakyat membuat pinjaman berlebihan.


Dari segi implikasi……


Sekiranya anda membuat pinjaman bank sebelum Covid, keadaan cuma kembali kepada asal, tiada penambahan beban.


Sekiranya anda membuat pinjaman bank semasa Covid seperti yang didorong oleh pihak berkuasa pada ketika itu, penambahan beban itu wujud.


Ini lebih kurang kes “syok sekarang, merana kemudian”.


Golongan yang paling terkesan ialah golongan “syok sekarang, merana kemudian” kerana kebanyakan golongan ini telah ingat bahawa zaman Covid sangat seronok, kerana kadar faedah membuat pinjaman baru sangat rendah.


Maka mereka membuat pinjaman berlebihan dan berbelanja pada ketika itu. Sekarang mereka sangkut.


Ini ibarat dengan prinsip kumpulan yang terpukau dengan pengeluaran KWSP.


Keluarkan KWSP sangat syok kerana boleh berbelanja. Tiba-tiba boleh berbelanja RM10k, beli iPhone, beli perabot, makan besar, siapa tak nak?


Tetapi waktu uzur dan pencen macam mana?


Syok sekarang, merana kemudian.