PRN JOHOR!! NAMA AFDLIN SHAUKI DISEBUT-SEBUT SEBAGAI CALON PKR




Pelakon dan penerbit, Afdlin Shauki tidak menolak wujud spekulasi namanya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk parti politik PKR.

Walaupun tidak memandang kedudukan dalam parti, Afdlin tetap menyatakan kesediaannya untuk menyandang sebarang jawatan sekiranya diberi kepercayaan itu.

“Sama ada saya dicalonkan atau tak, terpulang kepada Anwar Ibrahim. Saya ahli PKR biasa saja.

Cuma ada dengar-dengar nama dicalonkan untuk jadi wakil rakyat, tapi saya tak boleh sahkan atau nafikan.

Katanya, penting untuk mana mana individu yang berada dalam sesebuah parti politik untuk bersatu padu melaksanakan tugas mereka.

“Kita kena bekerja sebagai satu pasukan untuk pastikan tugasan membantu masyarakat dilaksanakan dengan baik.

 

No comments: