KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

 KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
26 Januari 2022
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini 26 Januari, 2022 membincangkan khusus mengenai persediaan menghadapi pilihanraya Negeri Johor.
2. Mesyuarat telah bersetuju memuktamadkan keputusan mengenai agihan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh KEADILAN, DAP dan Amanah. Majlis Presiden Pakatan Harapan juga memberikan penghargaan kepada pasukan rundingan kerusi yang masing-masing diwakili Syed Ibrahim Syed Noh, Jimmy Puah Wee Tse, Naim Jusri dan Akmal Nasir (KEADILAN), Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Andrew Chen Kah Eng (DAP) dan Aminolhuda Hassan, Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan Abdul Hamid Jamah (AMANAH).
3. Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mengulangi pendirian akan meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuklah Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Hal ini akan memperkukuh saingan dari blok pembangkang dalam mendepani pilihanraya Negeri Johor yang akan datang.
4. Sungguhpun ada pandangan berbeza berkaitan dengan permintaan Parti Keadilan Rakyat mengenai penggunaan logo, Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju untuk menghormati hasrat Parti Keadilan Rakyat bahawa logo Pakatan Harapan akan digunakan dan KEADILAN pula akan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat untuk pilihanraya Negeri Johor. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menulis kepada SPR agar kuasa surat watikah penamaan calon Pakatan Harapan diserahkan kepada Sdr Lim Guan Eng dan Sdr Mohamad bin Sabu.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad bin Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Wilfred Madius Tangau
United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO)


No comments: