Najib dan Zahid perlu berundur untuk pulihkan imej Umno, kata bekas Ketua Hakim

 

Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak mungkin menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional jika pembangkang menggunakan tuduhan rasuah mereka untuk memenangi pengundi di Johor, kata bekas Ketua Hakim, Abdul Hamid Mohamad. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Penasihat Barisan Nasional (BN) jika parti itu berniat membersihkan imejnya yang terpalit dengan kumpulan korupsi, kata bekas Ketua Hakim.

Abdul Hamid Mohamad berkata, jika Umno dan gabungan itu gagal menangani perkara berkenaan, ia boleh menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah Johor.

Beliau berkata, perkataan seperti ‘rasuah’, ‘penyalahgunaan kuasa’ dan ‘integriti’ akan mempengaruhi pengundi muda.

Dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 6% daripada 2.5 juta pengundi di Johor, terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Hamid berkata, pembangkang akan menggunakan perkataan itu sebagai senjata untuk melawan Umno dan mudah mempengaruhi golongan muda.

“Umno tiada pilihan. Ia perlu hapuskan imej sebagai parti yang korup. Ia mesti ‘merehatkan’ pemimpin yang terlibat atau terbabit dengan rasuah. Najib dan Zahid mesti berundur,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, ketika Mohamad Hasan memangku jawatan presiden parti pada Dis 2018, BN menang tiga pilihan raya kecil berturut-turut iaitu Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Mohamad mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Zahid mengambil cuti bagi mengelak lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika itu.

Hamid berkata, beliau berasa lega dan mengharapkan ia tanda Umno sudah mula pulih.

Bagaimanapun enam bulan kemudian, Zahid kembali menerajui, manakala Najib dibawa masuk sebagai penasihat BN pada 2019.

“Saya melihat ini sebagai petanda Umno tidak akan berubah. Dan apa yang berlaku sejak itu sehingga hari ini, menunjukkan Umno menuju ke arah itu.”

Jelas Hamid, Najib dan Zahid dilihat mahu menggunakan Umno untuk membebaskan mereka daripada pertuduhan di mahkamah manakala Ahli Majis Kerja Tertinggi (MKT) menuruti perancangan mereka.

Najib disabitkan dengan tujuh pertuduhan rasuah pada Julai 2020 dengan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta. Beliau sedang merayu kes itu.

Zahid baru-baru ini diarahkan membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram

No comments: