PRN JOHOR - MAMPUKAH PH MENAHAN NAFSU GODAAN BERSATU?

 

Ianya jelas, Umno-Bn adalah musuh PH. Bersatu/PN pula bukan saja musuh bahkan pengkhianat kpd PH. Antara musuh dgn pengkhianat, mudharat terbesar adalah pengkhianat. Dengan musuh boleh kita berdamai atau buat gencatan senjata atau berunding sepertimana Nabi pernah berunding dgn musuh iaitu kafir Mekah. Nabi tidak pernah berunding dengan pengkhianat.

PRN Johor, amat jelas tujuannya iaitu Umno/Bn mahu lebih kuasa dalam masa yang sama Umno/Bn mahu kuburkan Bersatu, musuh ketatnya.

Apabila Bersatu sedar hal ini dan Bersatu tahu mereka tiada kekuatan di Johor, daripada mereka hancur dan mati katak di Johor, mereka cuba menggoda PH kononnya untuk wujudkan Muafakat Rakyat. Parti pertama dalam PH yang mereka cuba goda adalah Amanah. Sebab apa, saya tidak tahu.

Amanah perlukan sokongan jdari rakan2 dalam PH iaitu Dap dan Keadilan sekiranya Amanah rasa tergoda dengan pujukan Bersatu itu. Persoalannya, apakah PH masih mempunyai maruah atau tidak? Jika PH merasakan maruah dan prinsip itu tidak penting berbanding kuasa dan kedudukan, elok sahaja PH ikut bontot Bersatu. Tepuk dada, tanya iman.

WFAUZDIN NS

 

No comments: