KAH..KAH..KAH....MALAYSIA DARUL RASUAH.SEBUT SAJA BIDANG APA SEKALI PUN ,IANYA TERPALIT RASUAH

 

SPRM tahan 2 CEO syarikat berhubung perolehan 6 kapal LCS






Dua ketua pegawai eksekutif syarikat itu ditahan lewat petang semalam bagi membantu siasatan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) daripada syarikat disyaki terbabit penyelewengan kontrak perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS), dilaksanakan Boustead Naval Shipyard.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua individu berkenaan masing-masing berusia 79 dan 49 tahun ditahan pada lewat petang semalam, bagi membantu siasatan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Kedua-dua ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

“Manakala, seorang lagi, disyaki menerima rasuah daripada subkontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, menurut laporan Berita Harian, pada 21 Nov lalu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Mohamad Imran Abd Hamid, membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS, yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek itu bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan secara serentak.

Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.

No comments: