AKU RASA KAUNI MEMANG TERUK LAH RINA HARUN...

 

Mereka layan kita macam haiwan, kata kumpulan OKU

Gabungan persatuan orang kelainan upaya (OKU) telah menggelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sebagai “tidak berhati perut” susulan pelaksanaan Projek Rintis Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Secara Tanpa Tunai (Cashless) atau JKMPay.

Jurucakap persatuan OKU, Francis Siva, berkata pihaknya mahu program JKMPay yang bermula Februari tahun lalu itu dimansuhkan kerana membabitkan pemotongan 50 peratus bantuan sehingga membebankan golongan terbabit.

Tegasnya, pelaksanaan JKMPay itu menindas golongan OKU kerana menyekat kebebasan mereka untuk berbelanja melalui wang bantuan yang diterima.

“Sekurang-kurangnya ada sedikit ihsan untuk bertanya kepada kami apa keperluan kami. Mereka melayan kami seperti haiwan,” katanya yang juga Presiden Pusat Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) itu.

Kritikan terhadap program yang diadakan secara rintis selama enam bulan itu termasuk mengehadkan kedai yang boleh dibeli oleh pengguna, yang akan membebankan orang kurang upaya, serta tidak melibatkan masyarakat sebelum ia dilaksanakan.

“JKM Tanpa Tunai menyusahkan, menteri tidak ada hati perut dengan kami,” dipetik Malaysiakini.

Melalui JKMPay, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah kadar bantuan yang diluluskan dan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam penerima bantuan terbabit dan ia boleh dikeluarkan dengan kad juruwang automatik (ATM)/Debit Bank Islam.

Semalam, kira-kira 50 ahli mewakili Gabungan Persatuan OKU dari seluruh negara berkumpul di lobi Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Rina.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menerima memorandum terbabit.

Menurutnya, terdapat kekeliruan dalam kalangan penerima bantuan JKM mengatakan, program JKMPay itu membabitkan semua penerima termasuk OKU.

Pemimpin Pas itu berkata pelaksanaan program itu bukanlah secara paksaan serta terdapat proses temuduga terlebih dahulu.

“Dakwaan mengatakan ia membabitkan semua penerima OKU adalah salah faham dan ia hanya membabitkan penerima baharu sahaja,” katanya kepada media selepas menerima memorandum tersebut.

Siti Zailah menerima memorandum daripada Gabungan Persatuan OKU di lobi KPWK semalam.


No comments: