MALAYSIA JUARA LAGI






LIYANA MARZUKI


Semalam diumumkan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa tahun 2021. Malaysia

🇲🇾 jatuh 5 anak tangga dari tahun 2020 ke tangga yang ke-62.
Kenapa lagi teruk jatuh? Laporan mengatakan sebab utama:
1. Kerajaan lambat ambil tindakan dalam isu rasuah politik dan pelanggaran hak asasi rakyat.
2. Tidak memperkukuhkan kebebasan SPRM untuk diletakkan di bawah Parlimen.
Untuk perbandingan, Indonesia 🇮🇩 lebih baik prestasinya dari tahun lepas, dengan peningkatan 6 anak tangga. Apa yang buat Indonesia lebih baik?
Kejayaan Pak Jokowi Presiden Indonesia untuk benteras rasuah diiktiraf. Menteri kabinetnya sendiri dihukum penjara 12 tahun baru2 ini. Atas kesalahan terima kickback dalam tender barangan bantuan Covid-19 pada tahun 2019.
Punya cepat kes dijatuh hukum di sana kalau berkenaan rasuah. Dan tak kira sesiapa. Menteri pun diaorg sapu.
Kita di sini pulak masih keliru antara akaun atas nama abang atau adik.
Sampai sekarang confuse nak beza, PM6 dulu belanja sakan derma Pak Arab. Ke wang “zakat” hasil rompakan Jho Low? 😅

No comments: