KELUARLAH RAMAI RAMAI DAN SOKONGLAH PH

 

Kepimpinan PCS keluar parti, tidak yakin halatuju pimpinan Anifah Aman




Naib Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Ewon Ebin (duduk lima dari kiri)
 dan Ahli Majlis Tertinggi, mengumumkan keluar parti, hari ini.

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) yang diketuai bekas Menteri Luar Anifah Aman, menerima tamparan selepas sekumpulan kepimpinan kanan parti berkenaan bertindak keluar parti, hari ini.

Naib Presiden PCS Ewon Ebin, yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN), yang bertindak sebagai jurucakap bagi kumpulan itu, berkata tindakan keluar parti berpunca daripada ketiadaan halatuju jelas parti itu.

Katanya, keputusan itu juga diambil susulan tekanan daripada ahli termasuk akar umbi, yang turut mempersoal perkara sama.

“Keputusan meletakkan jawatan dibuat dengan berat hati kerana kami semua sayangkan PCS. Namun, kami perlu bergerak ke depan,” kata Ahli Majlis Tertinggi itu dalam kenyataan.

“PCS juga mengalami kekalahan terus pada pilihan raya negeri Sabah, tahun lalu. Sejak itu, tiada komunikasi atau mesyuarat parti antara Ahli Majlis Tertinggi, jawatankuasa bahagian, sayap pemuda dan wanita.”

Antara Ahli Majlis Tertinggi yang turut meletakkan jawatan membabitkan Amru Abdul Kadir, yang juga Naib Presiden dilantik, Kalakau Untol, Herman Tiongsoh, Norbert Chin Chuan Siong dan Denis Gimpah.

Mereka antara ahli yang dipilih ketika Mesyuarat Agung Dwitahunan PCS, pada Julai 2020.

Selain itu, turut meninggalkan parti, hari ini, adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi PCS (2018-2020), termasuk bekas koordinasi bahagian, selain ahli jawatankuasa pusat bagi sayap pemuda dan wanita.

Ebin berkata, bahagian parti sepatutnya disusun semula, bermula dari Dewan Undangan Negeri (DUN) hingga ke peringkat kawasan Parlimen, sebagai mana diputuskan dalam mesyuarat agung berkenaan.

“Tetapi, ia tidak dilaksanakan, justeru parti tidak mempunyai bahagian, selain langsung tidak mempunyai halatuju.”

Ebin ketika mengulas lanjut, berkata borang permohonan keanggotaan baharu juga tidak diproses, termasuk parti langsung tidak mengadakan aktiviti untuk berkomunikasi dengan ahlinya di akar umbi pada peringkat bahagian.

Susulan itu, beberapa Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Bahagian dan ahli biasa mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada parti sebelum ini untuk menyertai parti lain.

Anifah menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Julai 2020. Bagaimanapun, PCS kalah di kesemua 73 kerusi ditandinginya pada pilihan raya negeri Sabah, tahun lalu.

No comments: