1. Nak jadi orang politik, kena kaya dan banyak duit. Kalau setakat ada latar belakang baik dan punya pengaruh di kalangan pengundi, belum tentu seseorang itu boleh menang. Kata seorang Otai politik kepada saya.
2. This is Malaysia, katanya. Money talks, as simple as that. Tu sebab ada ex-PM, moto politiknya ialah “Cash is King”.
3. Saya cringe mendengarnya. Walaupun itu real politics yang kita kena terima. Tapi kenapa ia dibiarkan sampai jadi kanser dalam negara?
4. Sekarang pengundi pilih pemimpin ikut siapa yang paling banyak memberi. Penyokong parti pula, tengok pemimpin mana yang paling banyak boleh agih projek, itu yang disokong. Hasil nya satu, nak jadi pemimpin di Malaysia ni hanya perlu ada banyak duit. Prinsip dan nilai memimpin, ditolak tepi.
5. Satu saja kena tahu, adakah pemimpin politik ini guna duit mereka sendiri? Bukan semua macam Tunku Abdul Rahman yang sanggup jual rumah sendiri untuk jadi dana merdekakan negara. Pemimpin sekarang negara tengah susah pun, dimintanya tanah dan rumah RM100 juta. Jauh beza benar pemimpin dulu dan sekarang.
6. Truth be told, pemimpin sekarang nak berpolitik perlukan dana politik cukup banyak. Dikatakan satu kali pilihanraya sampai RM1juta-RM5juta diperlukan seorang calon. Kalau tak, tak payah mimpi la nak menang. Saya tertanya2, mana la dapat duit ni semua.
7. Kata Otai politik, dana politik ni datang dari pelbagai macam. Ada beberapa sumber yang nampak baik atas kertas:
(i) Daripada sponsor/ backer (korporat atau persendirian)
(ii) Daripada sumbangan orang awam- macam tradisi tin milo parti PAS.
8. Namun secara realitinya, dunia politik antara yang paling kotor. Macam2 dana boleh digunakan untuk politik. Ramai yang tak tahu dana politik boleh datang dari sumber yang salah dan diragui, seperti wang daripada:
(i) “Kickback” projek Kerajaan
- Ini dibuat bila nilai projek dinaikkan dan dana awam dikeluarkan bukan saja untuk buat projek, tapi sebahagiannya masuk dalam akaun parti politik atau kocek orang politik.
(ii) Sponsor dari Agensi atau GLC
- Duit Agensi dan GLC tetap duit Rakyat, namun ada dakwaan yang ia diseleweng untuk tujuan parti politik dan ahli politik tertentu.
(iii) Dana daripada “underworld”
- Ini dipanggil dana yang “dicuci”. Digubah wang haram untuk jadi dana politik. Wang haram ni datang dalam pelbagai macam: wang dadah, pelacuran dan kongsi gelap. “Underworld” suka sangat nak sponsor orang politik agar kegiatan mereka tak dikacau. Benda ni bukan hanya di Malaysia, di mana2 pun sama. Termasuk di Amerika.
(iv) Dana daripada anasir/ pengaruh luar negara
- Ini pun satu masalah. Ada sesetengah negara yang suka masuk campur urusan negara lain. Jadi mereka umpan dengan beri dana politik kepada parti yang boleh menurut kata. Ingat, there is no such things as free lunch. Semua yang diberi hanya umpan. Belakang2 mereka nakkan habuan.
9. Di negara maju, mereka adakan suatu undang-undang ketat. Untuk mengawal dunia politik. Segala dana dan biaya politik dipantau oleh suatu badan bebas. Parti Politik diwajibkan untuk ishytihar dana politik mereka. Kena buat laporan berkala. Salah guna kuasa juga dilarang. Menteri dan ahli politik yang berjawatan dilarang menggunakan GLC atau agensi Kerajaan sebagai lubuk politik. Kalau dilanggar boleh dipenjarakan.
10. Di Malaysia, Akta Dana dan Pembiayaan politik telah didrafkan sejak 2015. Tapi heran bin ajaib. Tiada suatu parti politik, baik pembangkang mahupun Kerajaan yang betul2 ikhlas nak perjuangkan Akta ini. MOU Bipartisan baru2 ni tak dimasukkan. Kita pun heran.
11. Orang kata, CORRUPTION IS THE MOTHER OF EVIL. Pada saya, POLITICAL FUNDING IS THE MOTHER OF ALL CORRUPTION. Selagi kita tak address cara kita treat “DANA POLITIK” selagi itulah korupsi akan terus berkembang.
12. Teringat dulu masa saya jadi pegawai undang-undang, kami nak ambil tindakan ke atas seorang Pengarah Negeri. Dia punya kekayaan luar biasa padahal jawatan taklah terlampau tinggi. Bila disiasat dan ditanya, katanya dia tolong simpan dana orang politik. Dana politik pula mana salah dalam undang2. Makanya dia terlepas begitu saja.
13. Kita tengokkan kes terowong LGE. Satu tokan/ taukeh bagi dana politik pada punya banyak orang politik. Pemimpin UMNO pun dah berapa ramai termasuk Nazri Aziz. Semua pun dapat berjuta2. Cuma LGE ni lain macam sikit situasinya, sebab dakwaan dia terima ketika jadi Ketua Menteri. Makanya, kenalah dakwa.
14. Tengokkan pula dakwaan derma Pak Arab. Senang2 diberi kononnya masuk akaun sendiri. Walhal sumbernya datang daripada dana orang pencen. Katanya tak salah sebab dia banyak buat kebajikan. Bab dia berjoli untuk anak bini dia tutup mata. Katanya peratus berjoli itu sikit daripada belanja untuk parti. Pengsan kita dengar, dapat pemimpin sebegini.
15. Makanya, satu je kita nampak. Dana politik ni boleh suka-hati disalah guna. Dah jadi macam satu alasan untuk tak beramanah.
16. Untuk PRU15 akan datang saya cadangkan. Tuan Puan nak pilih MP atau ADUN, tetapkan syarat pada dia. Mintak dia sokong untuk luluskan Akta Dana dan Pembiayaan Politik. Kalau tak, jangan lah diberi undi pada mereka.
17. Bagi pemimpin muda, mari kita sama2 paksa dinosaur politik untuk berintegriti. Ianya bermula dengan diri sendiri. They need to walk the talk. Bendanya paling mudah, luluskan undang-undang yang kawal dana atau wang yang disalurkan pada parti atau diri sendiri.
18. Pada saya, itu cara paling baik untuk kita cuba bersihkan negara dari korupsi.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki