SEMUA BANTAH AKTA 342, LEBIH BAIK DIBATALKAN SAJA


 Pagi ini (Khamis) saya bersama beberapa Ahli Parlimen lain termasuk mantan Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah menerima memorandum dari gerakan anak-anak muda dan aktivis rakyat.

Mereka hadir bagi menyatakan pendirian tegas serta bantahan keras terhadap rencana kerajaan berhubung langkah melawan wabak menerusi pindaan pada Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Kami Ahli-ahli Parlimen dari PH tidak boleh menyokong pindaan ini tatkala rakyat mahu dibuli dan ditekan oleh pemerintah.

ANWAR IBRAHIM – Pengerusi PH/Presiden PKR

Saya baru menerima kunjungan dari Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah di pejabat saya tengahari tadi.

Ini adalah selepas kami Ahli-ahli Parlimen menyatakan bantahan pada rencana kerajaan dalam mengekang wabak menerusi pindaan Akta 342.

Dalam pertemuan tersebut, saya telah menyatakan kebimbangan dan keluhan rakyat berhubung langkah ini.

ANWAR IBRAHIM – Ketua Pembangkang

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menangguhkan pembentangan pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk membolehkan jawatankuasa pemilih bersidang pada Isnin depan.

Ini jelas menunjukkan bahawa pindaan yang sebelum ini mencadangkan hukuman terhadap pelanggaran SOP COVID-19 sehingga RM100 ribu untuk individu dan RM2 juta untuk pertubuhan korporat serta sehingga 7 tahun sangat tidak munasabah dan dilakukan secara tergesa-gesa.

Ini adalah usaha Kerajaan untuk sekali lagi mencari salah dan menyalahkan rakyat. Jangan salahkan rakyat lagi atas kegagalan kerajaan menangani COVID-19, jangan susahkan rakyat lagi, jangan tambah penderitaan rakyat dengan hukuman berat yang tidak munasabah yang tidak akan menyelesaikan masalah.

Kami menentang Akta ini!

LIM GUAN ENG – Setiausaha Agung DAP

Cadangan terhadap pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) wajar diteliti semula.

Menghukum individu yang melanggar operasi standard seperti gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sehingga denda maksimum RM10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya adalah sangat tidak munasabah.

Apalagi bila rang undang-undang tersebut tidak menyertakan garis panduan untuk mengeluarkan kompoun.

Alasan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa ia sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan selepas undang-undang itu diluluskan adalah tidak menepati okjektif pindaan ini.

Tiada undang-undang wajar diluluskan tanpa segala maklumat dan perincian di jelaskan dengan telus untuk pertimbangan ahli legislatif.

Tindakan ‘piecemeal’ seperti ini menunjukkan ketidaksediaan KKM dalam merangka pindaan tersebut.

Apa jua tindakan menyegerakan RUU ini tidak boleh mengabaikan ketelusan dan keadilan. Justice rushed is justice crushed.

Negara ini mesti belajar dari episod pendemik ini. Salah satu sebab kenapa kita terus dalam keadaan sekarang ialah kerana kegagalan kita dalam melaksanakan keadilan dalam penguatkuasaan.

Banyak sudah kes layanan dan tindakan ‘dua darjat’ antara orang biasa dengan mereka yang kenamaan dan berkuasa.

Orang kampung, peniaga dan mereka yang biasa-biasa, dikenakan kompaun dengan secara tidak munasabah. Tetapi orang yang ternama, dikenakan denda yang sangat ringan.

Di kota-kota besar negara lain, kita diberikan pelitup muka jika kita tidak membawanya. Kita dinasihati dengan sopan.

Malaysia tidak boleh menjadi negara bersifat ‘punitive’. Negara ini harus menjadi negara yang undang-undangnya mesti dilaksanakan dengan kemanusiaan.

Ingat lah keadilan itu ditangan kanan, ihsan itu ditangan kiri.

MOHAMAD HASAN – Timbalan Presiden UMNO

Sepatut hari sidang akhir Dewan Rakyat, tetapi RUU Kementerian Kesihatan yang sepatutnya dibahaskan, ditangguhkan ke Isnin depan.

Ini berikutan bantahan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan berkait rancangan kerajaan untuk mengekang wabak covid-19 menerusi Pindaan Akta 342.

Bantahan dibuat berikutan keluhan ramai kalangan rakyat yang jelas bimbang dengan keberkesanan langkah kerajaan tersebut.

MOHAMAD SABU – Presiden Amanah.


No comments: