'PN, BN menang politik Melaka terus bergolak'

 


Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diminta berfikir masak-masak sebelum membuang undi pda 20 November ini.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya rakyat memilih BN atau pun PN apakah konflik politik antara mereka akan selesai. Mampukah mereka membangunkan negeri sekiranya terus berebut projek?

"Kepada yang mengundi sila buat andaian. Andaian pertama, BN menang sebahagian, apa jadi dengan PN? Di kerajaan Persekutuan satu parti, di Melaka bertempur. Jadi maknanya pertemuran itu akan meletus di Melaka.

"PN menang begitu, BN menang pun begitu. Mereka telah perang sekarang ini, sengit. Bercakap soal persatuan dan perpaduan tetapi bertempur di bawah dan ini akan memberikan kesan kepada Kerajaan Persekutuan sebab nak pergi kempen pun susah.

"Pagi timbalan menteri Bersatu kempen, petang menteri dari Umno kempen. Tempat yang sama parti lain lain. Ini pengajaran kepada mereka. Di Melaka isu pertama adalah kestabilan poltik.

"PH menjamin inshaAllah kerajaan yang stabil," katanya dalam ceramah umum secara atas talian malam tadi.

Menurut Anwar lagi, rakyat Melaka harus membuat pilihan terbaik dengan memenangkan Pakatan Harapan dengan kemenangan yang bergaya.

Dengan politik stabil, kata Anwar, lebih banyak pelaburan akan masuk untuk memajukan ekonomi Melaka.

"Kita harus buat keputuan menjamin calon PH menang dalam PRN ini, bukan sekadar menang tetapi menang bergaya supaya stabil.

"Hentikan dendam kesumat, jamin kepentingan nelayan, beri hak milik tanah kepada peneroka Felda. Pastikan Melaka berkembang sebagai pusat pelancongan, pusat sejarah.

"Melaka ini kawasan di rantau kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah gemilang Kesulatan Melayu Melaka, mempunyai raja yang adil dan merangkul kepentingan semua rakyat," katanya lagi


No comments: