CAKAP PERPADUAN, TAPI PENUH DENGAN RASIS

 


Siasat dakwaan peruntukan kerajaan Melaka hanya untuk orang ada ‘bin’, gesa Mat Sabu




Mohamad berkata, pandangan sedemikian mempunyai unsur perkauman ‘yang begitu dahsyat’.

KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menggesa Kementerian Perpaduan Negara menyiasat dakwaan bahawa peruntukan kerajaan Melaka hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai perkataan “bin” pada nama mereka.

Presiden Amanah itu berkata, dakwaan itu dibuat oleh seorang pemimpin di Melaka. Beliau bagaimanapun tidak menamakan individu terbabit.“

Ada pemimpin di Melaka mengatakan peruntukan kerajaan negeri hanya untuk mereka yang ada ‘bin’. Yang tak ada ‘bin’ tak boleh diberi peruntukan kerajaan negeri.

“Apakah kerajaan nak siasat pandangan ini? Pandangan ini amat menghancurkan perpaduan,” katanya di Dewan Rakyat.

Mohamad berkata, pandangan sedemikian mempunyai unsur perkauman “yang begitu dahsyat”.

“Setuju atau tidak?” katanya kepada kementerian.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal menjawab hal itu akan disiasat.

“Kita akan siasat,” katanya ringkas.


No comments: