UsryNorie
Jika direnung, kadang-kadang kita dapati hidup kita ini berkisar kepada apa yang kita tanam. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.
Ia merupakan salah satu dari hukum alam yang dipanggil hukum 'sebab dan akibat' atau sesetengah agama menyebutnya sebagai 'Karma'.
Begitu juga dalam al-Quran. Tuhan ada berfirman yang maksudnya: ”Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri.” surah Al-Israa (ayat 7).
Selalu kita jumpa atau lihat di sekeliling kita. Misalnya jika hari ini kita berbuat baik pada seseorang, mungkin esok lusa pasti ada orang akan berbuat baik kepada kita walaupun tak semestinya dari orang yang kita tolong itu. Begitu juga jika hari ini kita hina seseorang, satu hari nanti pasti ada orang lain yang akan menghina kita.
Oleh itu sekiranya kita ditimpa oleh sesuatu musibah, bersegeralah kita bermuhasabah diri. Mungkin ia disebabkan oleh perbuatan kita sendiri di masa lampau.
Jadi, marilah kita menanam amal kebaikan sebanyak-banyaknya. Sekiranya kita tidak dapat menuai di sini InsyaAllah kita akan menuainya di akhirat kelak.
Selamat malam.
Dr. Abam..