KITA SEMAKIN MUNDUR KE BELAKANG

 

May be an image of 4 people and text that says "PASSPORT MEREKA DIKEMBALIKAN ANWAR IBRAHI PM RAKYAT 19 pertuduhan kes rasuah di mahkamah 47 pertuduhan kes asuah di mahkamah 7 pertuduhan kes rasuah di mahkamah PASPOR Penggubahan wang haram RM9. .5juta PASPORT Singapura Germany Singapura New York"


NORMAN RADZUAN


'Dasar Apartheid' dan Kasta di Malaysia

KITA SEMAKIN MUNDUR KE BELAKANG
Org Melayu cuba berkata soal profesional tapi tak faham bagaimana amalannya. Org kita kecam Liberal sdgkan jika tanya apa itu liberal secara spontan mereka tak faham. Org kita cerita tentang Islam tapi mereka sendiri tidak faham Islam itu sebenarnya bersoal tentang keadilan dan menghapuskan perkauman.
Org kita masih seperti ratusan tahun dahulu mendewakan org yg berkuasa dan kaya. Lihat anak2 kita jika tidak mampu membayar PTPTN disekat utk ke luar negara tetapi mereka yg didakwa bersalah atau dlm perbicaraan kes melibatkan ratusan juta hingga billion bebas ke sana sini.
Rakyat ketika PKP dikurung tetapi mereka bebas bawa anak2 bercuti ke luar negara. Rakyat diwajibkan dan ditekan utk divaksin tapi mereka bebas utk tidak divaksin.
Rakyat mencuri RM30, curi drypers, curi susu terus dipenjara mereka curi berbillion boleh pulangkan separuh dan bebas. Rakyat jika mask terjatuh dibawah hidung terus disaman tapi mereka tanpa memakai mask tiada apa tindakan dikenakan.
Rakyat makan di surau selepas solat disaman tapi mereka berkenduri makan durian tiada siapa berani ambil tindakan. Parti lawan tak boleh berkempen tapi mereka sudah berkempen ke sana sini. Sampai bila rakyat kursusnya org Melayu mahu dibodohkan sebegitu rupa.
Org kita pemikirannya pemikiran hamba. Fikiran hamba bermaksud berfikir dlm ketakutan, tiada pendidikan hingga mudah diperbodohkan.
Org kita mesti keluar dari sebarang bentuk penjajahan samada penjajahan politik, ekonomi, budaya, emosi dan sebagainya. Org Melayu mesti membebaskan hidup dan pemikiran dari dijadikan ‘hamba’ oleh anasir2 yg cuba mengambil kesempatan atas kedhaifan mereka.
Jika org Melayu faham apa sebenar itu Islam tiada manusia yg boleh menjadikan dirinya hamba secara sedar atau tidak, jika kita benar2 beriman dan yakin dgn Allah.
Hayatilah kata2 seorang sahabat Rasulullah saw, Ribie Bin Amir kpd panglima tentera musuh, Rustum, apabila ditanya tujuan kedatangannya...
‘Allah mengutuskan kami (org2 Islam), utk kami memerdekakan manusia, daripada pengabdian diri sesama manusia kpd pengabdian diri hanya kpd Allah, daripada kezaliman agama kpd keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kpd keluasan dunia dan akhirat’. Inilah tanggungjawab kita terhadap negara dan rakyat Malaysia.
Merdekalah pemikiran kalian wahai Melayu. Jgn biarkan mereka jadikan kehidupan kita berkasta seperti di India. Wahai org Melayu cukup2lah diperbodohkan atas nama bangsa hingga RM 1.8 trillion telah hilang (dicuri).
Ia adalah wang yg boleh membantu anak cucu kamu tapi sayang kalian memilih utk menyusahkan mereka di masa hadapan. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur.
Kerana sikap kalian kita semakin mundur ke belakang sdgkan 30 tahun dahulu kita tidak byk berbeza dgn Korea dan Singapura. Kita kini semakin jauuuuuuh mundur ke belakang.