Bersatu bersama Pas langgar kerusi UMNO

 




Bersatu dan Pas dilihat sudah nekad langgar UMNO dalam Pilihan raya negeri Melaka

Keputusan itu dibuat semalam oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas, yang diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

Pengerusi Gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersepakat dengan Pas dan Gerakan untuk bertanding PRN Melaka.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua parti komponen – Bersatu, PAS, Star Sabah, SAPP dan Gerakan.

“Mesyuarat khas itu secara khusus diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

“Bersatu, PAS dan Gerakan sepakat menawarkan calon dalam pilihan raya dewan undangan negeri Melaka dan menggunakan satu lambang iaitu lambang PN,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memaklumkan gabungan tersebut akan bertanding menggunakan lambang Perikatan Nasional.

Pas akan bertanding lima kerusi Dun walaupun Umno sudah mengumumkan untuk bertanding kesemua 28 Dun.

Ini menunjukkan seolah-seolah Pas dan Bersatu nekad langgar kerusi yang ditanding UMNO.

Dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN telah memutuskan semua parti komponen PN untuk gerakkan jentera pilihan raya masing-masing.

 

No comments: