PETRONAS MENJUAL ASET GAS DI ARJEBAIJAN SEBANYAK 10 BILLION

 

Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

"Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion berikutan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2021”.
Ini adalah perkara mendesak yang perlu perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat.
Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM









No comments: