POSTED BY AMIR WRLR
Pakatan Harapan (PH) akan cuba membawa dimensi baharu dalam ekonomi Kelantan sekiranya berjaya menguasai negeri itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor, PH tidak mahu melihat anak-anak Kelantan terus merantau beratus-ratus kilometer untuk mencari rezeki dan penghidupan di Kuala Lumpur atau pun Johor.
"Harapan kita di Kelantan, kalau cerita isu air orang tahu, air teh-o-beng, yang kita mahu bawa ke Kelantan ialah pelaburan untuk jana pekerjaan. Bantu orang muda dapat peluang pekerjaan. Orang Kelantan beratus ribu di Kuala Lumpur. Bila balik raya 'sejuta' kereta. Sebab mereka terpaksa pergi mencari nafkah.
"Gabungan kami KEADILAN, Amanah, DAP kita akan bawa satu kerangka baru di Kelantan. Andai mandat diberi kepada kami, andai kami tak tunai boleh buang kami. Kami mahu lihat generasi baru, masa depan lebih baik orang Melayu. Kita nak lihat tamadun rakyat Kelantan (lebih maju)," katanya dalam ceramah umum di Pasir Mas, malam tadi.
Katanya, sudah cukup Pas memerintah selama 3 dekad di negeri itu. Apatah lagi pada akhir-akhir ini parti tersebut seolah-olah menunggang agama dan tidak menunaikan janji yang dibuat sebelum PRU 15 lalu.
Harus kita beritahu pada rakyat sudah sampai waktunya (Pas pergi). Padanlah dengan jual agama. Kata membangun bersama Islam. Idealisme baik, membangun bersama Islam bangus. Tetapi pelaksanaannya bagaimana?
"Saya tak mengaji tinggi pasal agama, saya mengaji ekonomi di Universiti Malaya, sebilik dengan Husam (Musa) dulu. Tetapi saya diajar oleh tok nenek paksi Islam ialah 'amar maaruf nahi mungkar'. Yang kita bawa maaruf, yang kita tentang mungkar.
"Kerana itu bila PH bawa soal kemakmuran bersama yang penting semua orang ini merasa. Yang kita bawa ialah rahmatan lil alamin. Tetapi kita dianggap bekerjasama dengan DAP seolah-olah tidak Islam. Apakah kita tidak Islam bila menolong Cina, India yang miskin. Apakah tidak Islam bila kita bantu orang Iban, Kadazan? Rasullullah menetapkan rahmatan lil alamin, Yahudi susah pun dia bantu," katanya.
Supardi kesal kerana kerajaan PH dijatuhkan selepas memerintah selama 22 bulan.
Katanya, momokan Melayu diperintah Cina DAP menjadi fitnah ampuh yang mengelirukan rakyat. Sedangan katanya, dasar PH adalah menolong semua kaum yang susah tanpa meninggalkan kaum Melayu.
Oleh itu, Supardi menyeru agar rakyat Kelantan membuat perubahan dalam PRU 15 dan tidak lagi membiarkan pemimpin khianat terus memerintah negara.