24 RANTING BARU PKR DISUNGAI PETANI





 Ahli Parlimen Sungai Petani merangkap Pengerusi MPN Kedah, Dato' Johari Abdul  telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil perlantikan kepada ketua-ketua ranting baru bagi sesi ke 4. 


Sebanyak 24 ranting baru telah ditubuhkan dan dirasmikan dalam majlis ini. 

Sungai Petani mempunyai ranting terbanyak dan terbesar iaitu sebanyak 156 ranting sehingga kini. 


Dalam ucapannya, Dato' Johari Abdul turut menyampaian amanat dan mengingatkan pada ketua-ketua ranting untuk terus bekerja keras dan berjuang serta kekal berpegang pada prinsip perjuangan Reformasi. 


Tahniah pada ketua-ketua ranting yang telah dilantik.  Selamat maju jaya.


#PerasmianRanting #ParlimenSungaiPetani

#MediaKeadilanKedah



No comments: