MINTA PADA MACAI YANG DOK PANGGIL BOOSKU ...DEPA KUAT KERIAU BOSSKU...DAPAT DUIT BANYAK..KUTIP SOQANG SERINGGIT

 

Notis bankrap: Bagaimana saya mahu membayar peguam? - Najib

Fareez Azman
Notis bankrap: Bagaimana saya mahu membayar peguam? -  Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoal tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyerahkan notis bankrap terhadapnya berjumlah RM1.74 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoal tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyerahkan notis bankrap terhadapnya sebelum ini.
Ujar Najib dalam entri Facebook miliknya pada Sabtu, turut mengkritik kerajaan kerana cuba memufliskannya dengan undang-undang yang tidak boleh dicabarnya di mahkamah.
Jika ia dikira sebagai sumbangan politik, ia tak boleh dicukai. Jika ia diambil kira pula sebagai pendapatan peribadi dari luar negara, ia telah dikecualikan cukai sejak tahun 2004.
Jika ia hasil rompakan, adakah hasil rompakan juga dikenakan cukai? Kenapa pula dakwa saya bahawa ia hasil rompakan?" soalnya.
Ahli Parlimen Pekan itu turut meluahkan rasa kekecewaan tentang pelucutan haknya.
"Dan sejak bila wang yang dipulangkan kepada penghantar selepas tempoh empat bulan sahaja dikira sebagai pendapatan yang dikenakan penalti cukai 40 peratus +10 peratus + 5 peratus?
"Saya telah dikenakan didakwa dengan kes jenayah. Aset saya sudah tiga tahun dilucut hak tanpa sebarang bukti," ujarnya lagi.
Sebelum ini, LHDN memfailkan notis bankrap terhadap Ahli Parlimen Pekan itu kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan sebanyak RM1.69 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2017 selain lima peratus bagi setiap tahun berjumlah RM45.9 juta dari tarikh penghakiman terus serta kos.
"Dua peguam bela saya juga didakwa dengan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) atas mereka bayaran fi guaman dari saya adalah haram.
"Selain membela saya, mereka kini diperlukan bela diri. Dan kini kerajaan mahu bankrapkan saya dengan undang-undang LHDN yang tidak boleh dicabar dalam mahkamah," kata Najib lagi.
Najib mempersoalkan bahawa tiada pula dijadualkan dan diberi peluang terhadapnya untuk merayu kesahihan cukai tambahan berjumlah RM1.74 bilion kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dibawah LHDN.
"Bagaimana pula saya nak mengupah peguam untuk membela saya?" katanya lagi.
Pasukan pembelaannya sedang memfailkan permohonan bagi mengetepikan notis bankrap itu dan menangguhkan prosiding terbabit.
Sebelum ini, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan menjelaskan bahawa notis bankrap terbabit jelas penyalahgunaan proses serta ugutan selain helah menggugat kedudukan anak guamya dalam UMNO.
Malah pasukan pembelaan turut menyelar tindakan terbabit sebagai tindakan bermotifkan politik.


No comments: