SEJARAH & KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG "WILAYAH/NEGERI" SABAH SARAWAK: ADA BEZA BESAR DI ANTARA TAHUN 1963 DAN 1976



Endrian Li


Apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada ketika itu menyatakan secara spesifik bahawa Persekutuan Malaysia dibentuk oleh tiga entiti, iaitu:

1. Negeri-negeri Malaya (Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu

2. Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak)

3. Negeri Singapura


Tiga entiti ini disenaraikan secara spesifik dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada ketika itu.


Malah wujud juga Perjanjian Malaysia 1963 utk menjamin kedudukan orang Sabah dan Sarawak.


Ini kerana terdapat bantahn dalam usaha pembentukan Malaysia. Bumiputera Sabah/Sarawak seperti Kadazan, Dusun, Iban, Melanau dan sebagainya tidak mahu ditafrifkan sebagai "Melayu". Gaya hidup, adat resam, agama dan sebagainya pun mempunyai beza dengan Bumiputera di Semenanjung.


Maka 20 Perkara (utk Sabah) dan 18 Perkara (utk Sarawak) dipersetujui, untuk antaranya menjamin hak-hak autonomi orang Sabah Sarawak, dalam usaha mencapai persetujuan untuk membentuk negara Malaysia.


Hari ini, perasan tak, apabila penduduk Semenanjung terbang dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, perlu cop passport? Orang Sabah ke Sarawak, atau orang Sarawak ke Sabah pun perlu cop passport. Hak imigresen merupakan antara autonomi yang dikekalkan sehingga sekarang.


Selain autonomi imigresen, Sabah juga tidak mempunyai bahasa rasmi.


Sebab itu surat rasmi Kerajaan Negeri Sabah tidak wajib mengguna Bahasa Melayu. Boleh pakai English.


Itu dua tiga contoh.


Meskipun sesetengah hak autonomi dikekalkan, ada juga autonomi yang mula terhakis.


Pada tahun 1976, pindaan telah dibuat kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.


Dari tiga entiti yang sama taraf, Sabah/Sarawak tiba-tiba diturunkan taraf menjadi salah satu dari 13 negeri di Malaysia.


(Rujuk gambar lampiran)


Sebab itu wujud tuntutan supaya Sabah Sarawak dikembalikan kepada kedudukan asal tahun 1963 10 20 tahun kebelakangan ini.


Yang menjadi kekeliruan sekarang adalah pengumuman saja-saja Mahiaddin Yassin.


Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda, maka pengumuman saja-saja Mahiaddin tidak mempunyai asas perundangan.


Sebagai seorang rakyat yang sayangkan negeri Sabah dan negara Malaysia, pengubahan nama secara saja-saja tidak lain bukan taktik pancing undi.


Apa yang lebih penting sebenarnya adalah memberi kesan undang-undang, sekaligus melaksanakan hak-hak minyak dan gas, lesen pengeksportan dan pengagihan hasil cukai yang afil sebagainya.


Tiada guna tukar nama saja-saja tapi, undang-undang tidak perakukan malah status quo kekal sama.




No comments: