Pada 16 July 2020 saya pernah menulis dan menimbulkan persoalan
"WAJARKAH PAKATAN HARAPAN JADI KERAJAAN WAKTU INI"? Ini adalah kerana
keadaan politik, pentadbiran KERA jaan dan ekonomi pandemik yg KETIKA ITU saya
jangka semakin teruk dan menekan hidup Rakyat.
Anda rasa dengan semakin banyak pengangguran berlaku dan
"Trust Deficit" yg tidak mungkin diatasi oleh sekumpulan Ahli Politik
yg MENCIPTA TRUST DEFICIT itu sendiri, maka PN akan menang di PRU15?
Mereka sendiri tidak yakin terutama Undi-18 yg kita ketahui
anak-anak muda MAJORITInya adalah "anti-establishment" ditambah
kesukaran mereka terpaksa hadap bagi mendapatkan kerja atau menyambung
pelajaran selepas alam persekolahan.
Apakah jika ditangguhkan Undi-18 sehingga 2022 atau 2023
anak-anak muda ini akan sokong PN? Tunggu dan lihat. Saya yakin KERAT PN tidak
akan mampu mengatasi masalah ekonomi dan kos sara hidup menjelang PRU15 pun.
WALAU bagaimanpun...JIKA MP-MP UMNO yg "TERTENTU" mahu
bekerjasama dgn DSAI dan PKR bagi menjatuhkan PN sekaligus menyelamatkan
ekonomi negara, saya anggap itu satu BONUS dan menyokongnya.
TAPI, ia tidak hadis TANPA RISIKO. Waktu itu DSAI dan PH mesti
bekerja keras dalam masa yg singkat dan terhad bagi memulihkan ekonomi negara
sekurang-kurangnya meringankan beban kos sara hidup rakyat. Ia bukanlah mudah.
JIKA GAGAL, bersedialah dgn undi penolakan anak-anak Muda 18
tahun ini yg tetap akan jadi anti-establishment. Oleh itu PH mesti berhati-hati
menyantuni mereka.
Wallahualam.
- Zus Din
28 March 2021