Ahli UMNO pegang jawatan menteri, timbalan menteri perlu tarik diri serta-merta - Ku Li Fauzi Suhaimi

 

Fauzi Suhaimi
Ahli UMNO pegang jawatan menteri, timbalan menteri perlu tarik diri serta-merta - Ku Li
Ku Li berkata, Pas perlu mengasingkan diri daripada Perikatan Nasional jika mahu teruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya menarik diri serta-merta.
Ini termasuk mereka yang diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata, tindakan itu selari dengan cadangan daripada UMNO Bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan untuk memutuskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).
"Cadangan daripada Bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan menegaskan sekali lagi apa yang telah diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
KT memutuskan bahawa kita akan putus kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Ia juga bererti semua ahli UMNO yang jadi menteri, timbalan menteri dan yang pegang jawatan dalam GLC mesti tarik diri mulai hari ini," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di sini, hari ini.
PAU 2020 | Menteri, Timbalan Menteri UMNO digesa tarik diri
Ditanya mengenai hubungan Pas dalam PN, Ku Li berkata, Pas perlu mengasingkan diri daripada PN jika mahu teruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).
"Kita (sudah) tiada kena-mengena dengan PN dan kita akan lawan PN (dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti).
"Kalau Pas ada, apa kita boleh buat. Kalau masih mahu bersama MN, (Pas) perlu asingkan diri daripada PN. Ini kerana, kita tidak menganggotai PN," katanya.

No comments: