Orang muda jangan terpengaruh watak agama seperti Pas

 Orang muda jangan terpengaruh watak agama seperti Pas


Pesan buat anak muda

Anak, kamu adalah pencorak masa depan negara. Kamu mesti berjuang untuk bebas menyatakan pendirian kamu dan siapa yang patut memimpin kamu.

Kamu tidak pernah dilahirkan sebagai hamba yang dikurung kata dan diikat daya. Kamu mesti kenali siapa yang cuba memperhambakan kamu, siapa yang berjuang untuk memerdekakan kamu.

Usahlah kamu terpedaya dengan nama dan gaya agama. Berwaspadalah, dengan agama juga manusia memuaskan nafsu durjana.

Mereka pernah berkata Islam membenarkan berkahwin dengan gadis bawah umur. Mereka sanggup mengorbankan masa depan dan usia remaja kamu demi nafsu berkahwin dengan anak dara sunti yang belum kenal dunia, atas nama agama.

Namun mereka menghina akal dan pilihan kamu dengan mengatakan kamu tidak layak mengundi kerana belum matang.

Umur kamu 18 tahun mereka hukumkan sebagai mentah dan belum matang untuk mengundi dan menentukan hala tuju negara.

Sebaliknya umur anak gadis di bawah 18 tahun (bahkan gadis sunti 10, 11 tahun pun) mereka boleh fatwakan sebagai matang untuk dikahwini, kononnya mengikut sunnah anak gadis 6 tahun sudah boleh berkahwin.

Wahai anak muda, waspada sentiasa dengan pendusta agama.

Ustaz Ali Muda
Pendakwah




No comments: