Bersatu hina Zahid Hamidi caca marba!

 

Bersatu hina Zahid Hamidi caca marba!


Zahid kata UMNO perlu jajaran baru. Tapi tak mahu bekerjasama dengan BERSATU. Dalam pada UMNO telah dibawa ‘sikit-sikit’ mula berkhalwat dan ‘ringan-ringan’ bersama DAP dan Anwar Ibrahim, tapi si Presiden UMNO yang punyai 87 kes rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa jelas bersifat bacul untuk mengakui pula hubungan haram beliau dengan Anwar Ibrahim, dikatakannya “NO DAP, NO ANWAR” dengan terpancar riak dalam keterpaksaan (jelas diperkatakan hanya kerana tuntutan akar umbi yang menolak)

Ucapan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang mewakili pimpinan UMNO kluster mahkamah jelas tak ada hala tuju! Umum maklum penolakan ke atas BERSATU yang dipelopori Zahid dan Najib Razak adalah kerana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu melayan permintaan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah melibatkan kedua tertuduh ini.

Lantas mereka mencipta naratif bahawa BERSATU telah menerima kemasukan ‘orang UMNO’ untuk dijadikan alasan penolakan ke atas BERSATU. Saat awal sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tanpa syarat melainkan secara ‘en bloc’. Kluster mahkamah tipu lagi!

Nah! Sedang BERSATU yang menyahut secara bersama seruan pengukuhan destini orang Melayu atas nama Perpaduan Ummah, UMNO kluster mahkamah-lah yang menjadi tunjang pemberontakan atas kepentingan peribadi dan hanya beromongan kosong saban hari, saat tutur bicara dalam kalangan mereka yang melaungkan penyatuan Melayu dan destini bangsa ternyata hipokrasi semata.

Buktinya pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung kini, inti ucapan dasar Presiden adalah menjurus kepada PERPECAHAN DAN UGUTAN, malah tidak sedikitpun membincangkan hala tuju atau agenda bangsa Melayu, berbeza dengan Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU yang banyak membincangkan soal penyatuan dan hala tuju orang Melayu.

UMNO di bawah Zahid Hamidi dan kluster mahkamah bukan lagi menunjukkan ciri sebuah parti yang membela bangsa, melainkan pemecah-belah bangsa dan gila kuasa! Merosakkan kesatuan Melayu, dan cubaan menggagalkan agenda pemerkasaan sosio-ekonomi Melayu dan Masyarakat Malaysia yang diusahakan kerajaan Perikatan Nasional menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Maka diseru segala gerombolan berperangai ‘pak hangguk’ sepertimana sebahagian perwakilan yang meraikan sorak sorai ucapan Presiden UMNO yang serba haru biru sebegitu perwakilan Pemuda UMNO yang bertempik berteriak tanda sokongan saat Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi memperlekeh, merendah-rendahkan dan cuba memperburukkan rakan penyatuan ummah dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Lagi bukti hipokrasi pimpinan UMNO pro kluster mahkamah.

Sedang ramai dalam kalangan pimpinan dan akar umbi UMNO yang jelas dan sepakat perihal penyatuan parti Melayu, yang mana naratifnya dimulakan sendiri melalui PAS dan UMNO, saat PAS kekal istiqomah bersama dengan BERSATU dan juga UMNO atas nama ummah, tetapi ternyata cubaan menyelamatkan diri kerana salah laku dan mengkhianati gagasan besar ini telah ditunjangi Zahid dan konco kluster mahkamahnya.

Persoalannya, kalau NO DAP, NO ANWAR (konon) & NO BERSATU (dan PAS), gamaknya inilah masa UMNO jalan sendiri sebagai satu-satunya parti abang kepada segala abang, tok ayah kepada segala tok ayah. Dah ‘terrer’ sangat bertandinglah 222 kerusi parlimen biarpun berkali-kali BERSATU sua tangan untuk buka ruang atau kembali ke meja rundingan. Keangkuhan yang dipelopori kluster mahkamah pasti akan membawa UMNO kepada kehancuran.

MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Ketua Penerangan ARMADA Nasional





No comments: